Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Bahagian Perundangan - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Pengenalan (Objektif + Fungsi)

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perundangan yang profesional, adil, efisien dan mengikut lunas Perlembagaan dan undang-undang

 

FUNGSI

Penasihatan

  • Memberi pandangan perundangan berhubung hal ehwal tanah kepada Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah
  • Menyemak perjanjian yang ditandatangani oleh Jabatan
  • Menyemak draf warta di bawah Kanun Tanah Negara 1965, Enakmen Rizab Melayu (Selangor) dan undang-undang terpakai antaranya Akta Perwakilan Kuasa 1956, Akta Mahkamah Rendah dsb.

 

Penggubalan Undang-Undang

  • Menyediakan draf kaedah bagi cadangan kaedah baru /pindaan di bawah Selangor Land Rules 2003, Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Selangor) 1987 dan Kaedah-Kaedah Kuari 2003
  • Menyediakan draf rang undang-undang bagi cadangan undang-undang baru / pindaan berkaitan tanah di bawah Enakmen Rizab Melayu (Selangor)dan Enakmen Mineral 2000
  • Merangka cadangan pindaan oleh Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah bagi Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985

 

Pendakwaan/Rujukan ke Mahkamah

  • Menyemak kertas siasatan yang disediakan oleh Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah,  mendapatkan persetujuan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan mendapatkan izin kompaun atau pendakwaan daripada Pendakwa Raya bagi kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965
  • Menyemak kertas siasatan yang disediakan oleh Jabatan, mendapatkan persetujuan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan mendapatkan izin pendakwaan daripada Pendakwa Raya bagi kesalahan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985

 

Sokongan

  • Permohonan Pengesahan Status Bumiputera (Individu) Bagi Tujuan Membeli Hartanah Di Bawah Kuota Bumiputera Di Negeri Selangor
  • Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Kedua, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
  • Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Ketiga, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)


Kemaskini pada 2015-11-11 15:59:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor