Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
 
 

FAQ

Contact
Feedback
Menu
Logo Logo
PORTAL RASMI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NEGERI SELANGOR

Bahagian Korporat, Audit Pengurusan Tanah dan Inovasi

BAHAGIAN KORPORAT

AUDIT PENGURUSAN TANAH DAN INOVASI

::DIREKTORI::

 

FUNGSI BAHAGIAN KORPORAT DAN AUDIT PENGURUSAN TANAH

UNIT PENTADBIRAN DAN KEURUSETIAAN

  • Menyelaras urusan pentadbiran, sumber manusia, aset dan operasi pejabat.
  • Menyelaras fungsi urus setia mesyuarat, pengurusan dokumentasi dan rekod rasmi yang merangkumi surat, menyurat, memo, minit mesyuarat, fail dan dokumen rasmi jabatan.
  • Mengurus dan menyelaras penyediaan maklum balas serta jawapan bagi pertanyaan lisan dan bertulis Ahli Dewan Negeri.

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  • Mengurus dan menyelaras komunikasi korporat, perhubungan awam dan media.
  • Menyelaras penerbitan dan penyebaran bahan komunikasi rasmi organisasi termasuk laporan tahunan, buletin dan hebahan korporat.
  • Menyelaras urusan protokol, lawatan rasmi, kunjungan hormat serta program libat urus bersama pihak berkepentingan.
  • Mengurus rekod keputusan MMKN/MTES.

 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

  • Mengurus dan menyelaras pertanyaan awam serta permohonan maklumat yang diterima melalui pelbagai saluran komunikasi rasmi jabatan.
  • Mengurus dan menyelaras aduan awam serta penyediaan maklum balas pelanggan.
  • Melaksanakan pengukuran, pemantauan dan pelaporan prestasi perkhidmatan melalui analisis aduan awam dan pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan.
  • Menyelaras semakan dan pengemaskinian Piagam Pelanggan.

 

SEKSYEN PENGURUSAN TANAH DAN INOVASI

  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan program inovasi, kreativiti dan pembaharuan organisasi jabatan.
  • Menyelaras penyertaan, penilaian dan pengiktirafan projek inovasi PTGS dan Daerah.
  • Mengurus dan menyelaras urusan sempadan negeri, hal ehwal teknikal tanah serta perkara-perkara berkaitan yang melibatkan agensi dan pihak berkepentingan.

 

UNIT PROMOSI DAN MULTIMEDIA

  • Mengurus dan menyelaras promosi, publisiti serta hebahan aktiviti, program dan inisiatif jabatan melalui pelbagai platform komunikasi termasuk media sosial, laman sesawang dan saluran digital yang bersesuaian.
  • Mengurus liputan fotografi dan dokumentasi visual bagi program, majlis serta aktiviti rasmi jabatan.
  • Menerbit, mereka bentuk dan menghasilkan pelbagai bahan komunikasi korporat serta multimedia seperti poster, infografik, video montaj, rakaman video, bahan promosi dan kandungan bual bicara.

 


Kemaskini pada 2026-11-01 15:24:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, 1, 3, 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.