Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
 
 

FAQ

Contact
Feedback
Menu
Logo Logo
PORTAL RASMI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NEGERI SELANGOR

STATISTIK DATA TERBUKA KERAJAAN

DATA TERBUKA KERAJAAN

PENGENALAN DATA TERBUKA KERAJAAN

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu www.data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut: 
> Rujukan: Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data disediakan oleh pelbagai jabatan negeri dan diselaraskan oleh Seksyen Data di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor seperti berikut:

Seksyen Data,
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55447948 / 03-55212464

KATALOG & PAUTAN KE DATASET 
* Katalog Dataset "Kerajaan Negeri Selangor" 

*Senarai dataset sedang dikemaskini 
Sumber: Seksyen Makro Dan Penswastaan, Pejabat SUK Selangor



Kemaskini pada 2026-11-05 15:04:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, 1, 3, 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.