jata-negara selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T

bm

EN

search

w3c

Sejarah PTGS

Bangunan Sultan Abdul Samad Sebelum merdeka Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor berpindah ke Shah Alam dan bangunan yang digunakan adalah Kompleks PKNS pada tahun 1978.

Apabila bangunan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri yang ada sekarang iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempurna dibina dan mula digunakan maka Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor berpindah buat kali yang ketiga. Perpindahan ini berlaku pada bulan April 1983.

 

Organisasi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor. Beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran).

Terdapat sembilan bahagian di dalam Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Bahagian Penguatkuasaan,

Kompleks PKNS
Pengambilan Balik Tanah dan Teknikal, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hakmilik Strata, Bahagian Pendaftaran Hak Milik, Bahagian Hasil, Bahagian Perundangan dan Bahagian Korporat/ Audit Pengurusan Tanah.

Kemaskini pada 2019-05-08 11:09:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page