selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Kebenaran Pindahmilik Oleh Individu / Syarikat (Didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah)

Sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut. Sekatan Kepentingan boleh dikenakan buat selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang ditetapkan.

 

Contoh: Tanah yang diberimilik tidak boleh dipindahmilik, digadai atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

 

BAGAIMANA MEMOHON



  1. Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan (kebenaran pindahmilik Individu/ Syarikat).
  2. Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 

CARA MEMOHON

Permohonan perlu didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah dan fail permohonan tersebut akan dihantar ke Pejabat Tanah Galian Selangor untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


  • Mengisi 1 salinan borang permohonan kebenaran untuk memindahmilik/ memajak/ memajak kecil;
  • Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini;
  • Salinan resit cukai tanah dan cukai harta tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah yang diakui sah;
  • Salinan kad pengenalan atau pasport pemilik tanah/ penjual dan penerima/ pembeli yang diakui sah.
  • Salinan Surat Perjanjian Jualbeli yang diakui sah.

- sekiranya tanah berkenaan adalah tanah pusaka, salinan Sijil Kematian simati, Surat pelantikan sebagai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah (Letter of Administration) atau Surat Pembahagian Pusaka dan Wasiat (jika ada) yang diakui sah.

 

- Sekiranya hartanah berkenaan adalah pemberian kasih sayang antara ibu atau bapa kepada anak, sertakan salinan Surat Beranak yang diakui sah.

 

- Sekiranya hartanah berkenaan adalah pemberian kasih sayang antara suami-iateri, sertakan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah.

 


  • 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat);

  • Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).

  • Surat persetujuan Pemegang Gadaian jika tanah masih dalam gadaian.

 

FI PERMOHONAN


  • Permohonan Individu / syarikat - RM50.00
  • Rayuan Pertama - RM50.00
  • Rayuan Kedua dan seterusnya - RM50.00

 

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

 


  • YAB. Dato’ Menteri Besar

- Kebenaran pindahmilik Individu Bumiputera kepada Individu bukan Bumiputera

- Kebenaran pindahmilik Individu Bumiputera kepada Syarikat bukan Bumiputera

- Kebenaran pindahmilik Syarikat Bumiputera kepada Individu bukan Bumiputera

- Kebenaran pindahmilik Syarikat Bumiputera kepada Syarikat bukan Bumiputera

- Rayuan bagi permohonan Kebenaran Pindahmilik yang telah ditolak oleh YAB. Dato’ Menteri Besar atau Pengarah Tanah dan Galian Selangor atau Pentadbir Tanah Daerah.

 

 


  • Pentadbir Tanah Daerah

- Kebenaran Pindahmilik antara anggota keluarga (kasih sayang)

- Kebenaran Pindahmilik Individu Bumiputera kepada Individu Bumiputera

- Kebenaran Pindahmilik Individu bukan Bumiputera kepada Individu bukan Bumiputera

- Kebenaran Pindahmilik Individu bukan Bumiputera kepada Individu Bumiputera

- Kebenaran Pindahmilik Individu bukan Bumiputera kepada Syarikat

- Kebenaran Pindahmilik Syarikat Bumiputera kepada Syarikat Bumiputera atau Syarikat bukan Bumiputera kepada Syarikat Bumiputera



Kemaskini pada 2015-12-03 10:53:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page