KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA (KTN) 1965 DI BAWAH TINDAKAN UNIT PENGUATKUASAAN
Terdapat kesalahan-kesalahan dalam KTN yang berada di bawah tindakan Unit Penguatkuasaan. Kesalahan-kesalahan dan hukuman yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran adalah seperti berikut:-
BIL |
KESALAHAN |
PENALTI/DENDA |
---|---|---|
1. |
Sek. 127 Melanggar syarat tetap dan jenis-jenis penggunaan tanah |
Denda tidak melebihi RM500.00 dan denda tambahan tidak kurang dariRM100.00 bagi tiap-tiap hari pelanggaran berterusan. Sek. 127 (1A) (b) Tanah dirampas. Sek. 129 |
2. |
Sek. 403 Mengganggu, merosakkan, memindah tanda sempadan dan lain-lain. |
Denda tidak melebihi RM500.00 atau membayar kos pemulihan Sek. 403 (a) dan (b) |
3. |
Sek. 425 (1) (a), (b), (c) Penerokaan/pendudukan tanpa sah (i) Menduduki/membina bangunan (ii) Menerang/menanam (iii) Memotong/mengalih kayu-kayan |
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali Sek. 425 (1) |
4. |
Sek. 425 (1A) Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 425 (1) (a), (b), (c) |
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali Sek. 425 (1A) |
5. |
Sek. 425A Menggunakan ruang udara tanpa permit |
Denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali. Sek. 425A |
6. |
Sek. 426 (1) Mengeluar/mengalih atau mengangkut bahan-bahan batuan tanpa permit. |
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali. Sek. 426 (1) Dan sebagai tambahan boleh dikenakan bayaran sejumlah wang bersamaan nilai bahan-bahan yang dikeluarkan atau dirosakkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Sek. 426 (2) |
7. |
Sek. 426 (1A) Memiliki, menyimpan bahan-bahan batuan di bawah Sek. 426 (1) tanpa kebenaran. |
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali. Sek. 426 (1B) |
8. |
Sek. 426 (1B) Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 426 (1) dan Sek. 426 (1A) |
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali. Sek. 426 (1B) |
9. |
Sek. 427 (1) Membiar binatang ternakan meragut rumput di atas tanah kerajaan/rizab |
Denda tidak lebih dari RM100.00 Sek. 427 (2) |
10. |
Sek. 428 (2) Menghalang hak lalulalang Pentadbir Tanah / Awam (i) Jalan awam (ii) Aliran air (iii) Tempat Awam |
|
KADAR KOMPAUN YANG DILULUSKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 41/2010 YANG DIADAKAN PADA 24 NOVEMBER 2010 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 42/2010 PADA 1 DISEMBER 2010
Bil. |
Jenis Kesalahan |
Asas Syor Kompaun |
Kadar Kompaun |
Rujukan |
---|---|---|---|---|
1. |
Mengangkut Bahan Batuan di atas jalan raya |
Kapasiti/bilangan tayar lori
|
|
Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor Bil.7/2011 |
2. |
Membuat pengorekan di atas tanah atau mengalih bahan batuan ke dalam kenderaan |
Kesalahan dilakukan oleh :-
|
|
Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor Bil.7/2011 |
3. |
Membenarkan kerja-kerja pengorekan, pengalihan dan pengangkutan |
Kesalahan dilakukan oleh :-
|
RM 25,000 |
Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor Bil.7/2011 |
4. |
Bersubahat untuk mana-mana jenis kesalahn |
Sebagai pengajaran kepada orang yang terlibat |
RM 5,000 |
Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor Bil.7/2011 |
Kemaskini pada 2022-11-22 11:46:38 daripada Administrator