selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Hasil

Soalan Lazim: Bahagian Hasil

Bil Cukai Tanah / Petak

  1. Dimanakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah / Petak jika saya tidak menerimanya?

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah / Petak di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

Semakan juga boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://etanah.selangor.gov.my/ dengan memasukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun baru 14 digit.

 

  1. Kenapa saya tidak boleh menukarkan alamat di Bil Cukai Tanah / Petak?

Sebarang pertukaran alamat hendaklah dibuat di atas geran sahaja. Pemilik tanah berdaftar hendaklah mengisi Borang 26A Pertukaran Alamat dan menghubungi Bahagian Pendaftaran Hakmilik Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dimana hartanah pemilik berada untuk urusan tersebut.

Pengemaskinian alamat harta boleh dibuat di laman sesawang https://etanah.selangor.gov.my/. Walau bagaimanapun, alamat tersebut tidak akan dipaparkan pada bil Cukai Tanah / Petak semasa.

 

  1. Adakah saya perlu membayar Bil Cukai Tanah / Petak sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

 

  1. Dimanakah saya boleh membayar Bil Hasil Tanah?

Cara pembayaran Cukai Tanah / Petak adalah seperti berikut :-

  • Kaunter Hasil Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS),Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Portal https://etanah.selangor.gov.my/
  • Bayaran secara atas talian (Maybank2u dan CIMBclicks)
  • Melalui kaunter POS Malaysia
  • Menerusi aplikasi citizen e-payment (CEPat)

 

  1. Siapa yang perlu menjelaskan Cukai Tanah / Cukai Petak?

Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara yang memperuntukan bahawa setiap pemilik tanah / petak berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah / Cukai Petak.

Ini bermakna setiap individu atau Syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik di dalam dokumen hakmilik atau geran tanah atau mana-mana pembeli hartanah selepas Perjanjian Jual beli (Sales and Purchase Agreement) dimeterai, adalah bertanggungjawab untuk membayar Cukai Tanah / Cukai Petak yang dikenakan bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

 

  1. Bila tempoh pembayaran Cukai Tanah / Cukai Petak?

Pembayaran Cukai Tanah / Petak hendaklah dijelaskan bermula 1 Januari sehingga sebelum atau pada 31 Mei setiap tahun. Sekiranya pembayaran cukai dibuat selepas 31 Mei, maka pemilik akan dikenakan bayaran denda atas kelewatan bayaran.


Kemaskini pada 2025-07-25 15:26:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page