DEFINASI
Carian dikategorikan kepada 2 :-
- carian persendirian
- carian rasmi
CARIAN PERSENDIRIAN
Carian untuk memeriksa, mencatat atau 'extract' mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar.
KELAYAKAN PEMOHON
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Persendirian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN.
- Bayaran permohonan carian persendirian sebanyak RM30.00
PERMOHONAN
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.
Kemaskini pada 2016-09-29 22:06:25 daripada Administrator