selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Siasatan Dan Kaveat Pendaftar

Siasatan Dan Kaveat Pendaftar

Terbahagi kepada 4 kategori:

1. Kaveat Pendaftar ( agensi kerajaan, badan berkanun & orang perseorangan)

2. Kaveat Pendaftar ( Perintah Mahkamah)

3. Pembatalan Kaveat Pendaftar

4. Pemotongan Kaveat Persendirian

 

1. Kaveat Pendaftar (Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & orang Perseorangan)

- Adalah satu urusan iaitu halangan urusniaga ke atas tanah / rumah.

- Mana-mana badan dan orang perseorangan boleh memohon urusan ini.

- Urusan ini akan didaftarkan dalam keadaan berikut

  • mencegah penipuan atau urusniaga yang tidak patut
  • melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri
  • melindungi kepentingan orang tidak sempurna akal ,kanak-kanak bawah umur
  • berlaku kesalahan pendaftaran mana-mana  hakmilik

- Tiada tempoh jangka masakuatkuasa bagi urusan ini dan ianya bergantung pada pandangan pendaftar hakmilik.

- repot polis perlu disertakan sekali bagi kes-kes tertentu.

- Tiada siasatan akan dilakukan oleh pendaftar hakmilik tetapi sebaliknya akan dipanjangkan pada pihak yang berkuasa.

 

2. Kaveat Pendaftar ( Perintah Mahkamah)

- Adalah satu urusan iaitu halangan urusniaga ke atas tanah / rumah.

- Perintah mahkamah yang termeterai digunakan untuk memohon urusan ini.

- Urusan ini akan didaftarkan dengan mengunakan perintah mahkamah yang termeterai.

- Tempoh jangka hayat bagi urusan ini bergantung pada tempoh yang tertulis d idalam Perintah Mahkamah tersebut.

- Permohonan urusan ini hanyalah dengan mengunakan surat rasmi beserta perintah mahkamah yang termeterai.

- bayaran RM30 akan dikenakan bagi urusan ini.

 

3. Pembatalan Kaveat Pendaftar

- Pembatalan Kaveat Pendaftar boleh dibuat oleh:

  • Pendaftar Hakmilik
  • Permohonan tuan tanah yang terjejas
  • Mana-mana Perintah Mahkamah

- Permohonan perlu disertakan dengan surat rasmi kepada Pendaftar Hakmilik

- Tiada bayaran Fi Pendaftaran

 

4. Pemotongan Kaveat Persendirian

- Adalah satu urusan untuk membenarkan urusniaga dijalankan semula ke atas tanah / rumah.

- hanya pihak-pihak berkepentignan (pemilik, pembeli, pengadai, pemajak dan pembeli lelong) boleh memohon untuk urusan ini.

- Permohonan perlu mengemukakan perkara-perkara berikut:-

  • Borang 19H
  • Surat Permohonan Rasmi
  • Carian Persendirian Hakmilik berkaitan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bayaran Fi sebanyak RM220.00

- Tempoh pemotongan kaveat ini adalah 60 hari dari tarikh notis pemotongan disampaikan kepada pengkaveat.

- Jika penyampaian notis tidak berjaya, tambahan 30 hari lagi diperlukan untuk mewartakan pemotongan kaveat ini.

- Pemotongan kaveat ini akan segera dilakukan apabila telah sampai tempoh 60 hari atau 90 hari yang dikuatkuasakan.

- Pengkaveat boleh menghalang urusan ini hanya dengan mendapatkan perintah mahkamah sahaja.

- Sebarang surat menyurat sama sekali tidak dilayan.



Kemaskini pada 2015-11-12 11:34:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page