selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Ismen

MAKLUMAT AM

 

i) DEFINISI

Hak yang diberi oleh seseorang pemilik tanah (pertama) kepada pemilik tanah yang lain (kedua) untuk mendapat faedah ke atas tanah pemilik pertama. Tanah pemilik pertama dikenali sebagai tanah servien, manakala pemilik tanah kedua dikenali sebagai tanah dominan.

 

ii) HAK-HAK YANG BOLEH DIBERI SEBAGAI ISMEN

a) Apa-apa hak untuk membuat sesuatu dalam, atas atau tanah menanggung itu (servient)

b) Apa-apa hak yang melarang sesuatu itu dilakukan

c) Hak-hak tersebut tidak termasuk :-

  •        apa-apa hak untuk mengambil sesuatu daripada tanah menanggung; atau
  •         apa-apa hak kepada milikan ekslisif mana-mana bahagian darinya.

 

iii) SEKATAN KE ATAS KUASA MEMBERI

a) apa-apa larangan atau batasan yang dikenakan oleh KTN atau mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa

b) Mana-mana tanah di bawah pejakan, sewaan atau cagaran perlu mendapatkan persetujuan awal dalam satu instrumen dengan mana ismen itu diberi.

 

iv) BENTUK DAN KESAN PEMBERIAN

a) Pemberian apa-apa ismen hendaklah dilaksanakan di atas borang 17A

b) Dalam hal pemberian oleh tuanpunya bersempadanan, ismen berbalas sokong, dinding-kongsi, dengan suatu instrumen atas Borang 17 B

c) Pemberian sedemikian boleh dilaksanakan, setakat mana pemberi membenarkan, samada untuk selama-lamaya atau untuk tempoh beberapa tahun

d) Sebarang pemberian sedemikian bolehlah mengandungi suatu perjanjian antara tuanpunya tanah menguasai dan tanah menanggung

 

v)  PELEPASAN ISMEN OLEH TUANPUNYA TANAH MENGUASAI   (Seksyen 289)

a) sebarang ismen yang diberi  di bawah peruntukan ini boleh dilepaskan pada bila-bila masa oleh tuanpunya tanah menguasai

b) Pelepasan sedemikian hendaklah dilaksanakan atas Borang 17C

 

IV) DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

 

  • Borang 17A (2 salinan)
  • Surat perjanjian
  • Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu tahun semasa
  • DHKK (servien / dominan)


Kemaskini pada 2015-11-12 11:13:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page