PERMOHONAN PEROLEHAN TANAH LADANG
Permohonan Perolehan Tanah Ladang atau Tanah Estet ini melibatkan tanah dengan syarat nyata Tanah Pertanian di bawah satu (1) atau lebih daripada satu (1) hakmilik. Keluasan yang ditetapkan adalah tidak kurang dari 40 hektar atau 100 ekar.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan Perolehan Tanah Ladang hendaklah dilakukan secara manual dengan melengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum dihantar ke Kaunter Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Tingkat 4, Pejabat Tanah dan Galian Selangor bagi mendapat kelulusan Lembaga Tanah Ladang.
Borang Permohonan :
Senarai Semak :
Dokumen permohonan perlu disediakan sebanyak tujuh (7) salinan.
PEKELILING
Kelulusan bagi Permohonan Perolehan Tanah Ladang ini adalah berdasarkan Seksyen 124 (a) Kanun Tanah Negara 1965
FI BAYARAN
Pembayaran bagi permohonan ini hendaklah dilakukan di portal SMARTBOX (kod 225) dengan jumlah berikut;*
Permohonan baharu : RM100/ Hakmilik
Sijil Kelulusan Lembaga Tanah Ladang : RM500
KUASA MELULUS
Kuasa melulus bagi Permohonan Perolehan Tanah Ladang adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Tanah Ladang yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kemaskini pada 2021-11-01 12:51:34 daripada Administrator