PERMOHONAN PEROLEHAN HARTANAH OLEH WARGANEGARA ASING
Permohonan ini merupakan kaedah bagi mendapatkan kelulusan untuk proses pindahmilik;
- Individu Penduduk Tetap; atau
- Individu Bukan Warganegara Malaysia; dan
- Syarikat Asing (syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang dimiliki oleh Individu Bukan Warganegara)
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan Perolehan Hartanah oleh Warganegara Asing hendaklah dilakukan secara manual dengan melengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum dihantar ke Kaunter Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Tingkat 4, Pejabat Tanah dan Galian Selangor sebelum bayaran dibuat bagi mendapat kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Selangor.
Borang dan Senarai Semak :
PEKELILING
Kelulusan bagi Permohonan Perolehan Hartanah oleh Warganegara Asing ini adalah berdasarkan Pekeliling berikut;
Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 1 Tahun 2014 : Pekeliling Bil 1/2014
FI BAYARAN
Pembayaran bagi permohonan ini hendaklah dilakukan di portal SMARTBOX (kod 225) dengan jumlah berikut;*
Permohonan Pertama : RM200/ Hakmilik
Permohonan Rayuan : RM1,000/ Hakmilik
Sekiranya hakmilik daerah, pembayaran hendaklah dibuat secara manual di Kaunter Hasil, Tingkat LG, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
*Setelah pembayaran selesai, resit pembayaran hendaklah dihantar ke emel pembangunanptgs@selangor.gov.my untuk tindakan pemprosesan permohonan.
KUASA MELULUS
Kuasa melulus bagi Permohonan Kebenaran Perolehan Hartanah oleh Warganegara Asing adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor.
Kemaskini pada 2022-11-16 12:20:53 daripada Administrator