PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT)
Permohonan ini merupakan kaedah bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk proses pindahmilik di antara Pemaju kepada Pembeli Pertama bagi sesebuah projek Pembangunan yang mempunyai sekatan kepentingan setelah hakmilik Individu diperolehi (Landed Title/ Strata Title).
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Consent) adalah melalui Portal Awam e-Tanah (permohonan End to End) iaitu sepenuhnya secara dalam talian, bermula dari kemasukan permohonan, muat naik dokumen, pembayaran, proses permohonan, permohonan kuiri, semakan permohonan sehingga kepada janaan surat keputusan.
Pautan: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
PENGECUALIAN
Kelulusan ini tidak tertakluk kepada hakmilik yang dikeluarkan atas nama Pemaju atau Tuan Tanah yang tiada sekatan kepentingan (freehold).
BAYARAN PERMOHONAN
Semua pembayaran adalah melalui Portal Awam e-Tanah. Kadar fi permohonan adalah seperti berikut:
Permohonan: RM50.00/hakmilik
KUASA MELULUS
Kuasa melulus bagi Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (Blanket Consent) adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor)
PERMOHONAN PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN NAMA KEDUA
Permohonan ini hanya boleh diproses bagi;
- hakmilik masih di atas nama Pemaju; atau
- pindahmilik Pembeli Pertama kepada Pembeli Kedua setelah Surat Kelulusan Blanket Consent diperolehi; dan
- sekiranya Pembeli Pertama adalah Bumiputera dan Pembeli Kedua merupakan Bukan Bumiputera, kuota jualan Bumiputera hendaklah tidak melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Tertakluk kepada perkara iii) pihak Pemaju atau mana-mana pihak berkepentingan perlu mendapatkan Surat Pelepasan Kuota Bumiputera dengan membuat pembayaran kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama Kedua dimohon dengan menggunakan Portal Awam e-Tanah (permohonan End to End) iaitu sepenuhnya secara dalam talian, bermula dari kemasukan permohonan, muat naik dokumen, pembayaran, proses permohonan, permohonan kuiri, semakan permohonan sehingga kepada janaan surat keputusan.
Pautan: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Senarai Semak (rujukan) : Panduan pengguna Sistem e-Tanah https://etanah.selangor.gov.my/static/consent.html
BAYARAN PERMOHONAN
Semua pembayaran adalah melalui Portal Awam e-Tanah. Kadar fi permohonan adalah seperti berikut:
Permohonan: RM50.00/hakmilik
KUASA MELULUS
Kuasa melulus bagi Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama Kedua adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor
PERMOHONAN KEBENARAN LANJUT TEMPOH SURAT KEPUTUSAN (CTC BLANKET CONSENT)
Permohonan ini diperlukan bagi melanjutkan tempoh surat Surat Kelulusan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh dan Surat Pembatalan dan Pengantian Nama yang telah tamat tempoh.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan dimohon dengan menggunakan Portal Awam e-Tanah (permohonan End to End) iaitu sepenuhnya secara dalam talian, bermula dari kemasukan permohonan, muat naik dokumen, pembayaran, proses permohonan, permohonan kuiri, semakan permohonan sehingga kepada janaan surat keputusan.
Pautan: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Senarai Semak (rujukan) : Panduan pengguna Sistem e-Tanah https://etanah.selangor.gov.my/static/consent.html
Bermula 3 September 2024, fi permohonan bagi Urusan Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (KPMP) perlu dijelaskan semasa permohonan KPMP di Modul Consent, Portal Awam e-Tanah dan tidak lagi dikenakan semasa urusan pendaftaran.
Selain daripada itu, Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama (PPPN) dan Permohonan Kebenaran Lanjut Tempoh Surat Keputusan Kebenaran (KLTS) akan dikenakan fi permohonan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kaedah Tanah Selangor Tahun 2003.
Jadual Penyelarasan Bayaran Fi
- Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (KPMP)
|
Sedia ada |
Mulai 1 September 2024 |
|
Bayaran fi permohonan (RM50.00) per hakmilik dan bayaran salinan sah surat keputusan (RM50.00) per hakmilik dibayar semasa perserahan di Bahagian Pendaftaran |
Bayaran fi permohonan (RM50.00) per hakmilik dibayar secara atas talian (Portal Awam e-Tanah) semasa Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (KPMP) |
|
Tempoh sah surat kebenaran : 2 tahun |
Tempoh sah surat kebenaran : 3 tahun |
- Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama (PPPN)
|
Sedia ada |
Mulai 1 September 2024 |
|
Tiada bayaran |
Bayaran fi permohonan (RM50.00) perhakmilik |
- Permohonan Kebenaran Lanjut Tempoh Surat Keputusan (KLTS
|
Sedia ada |
Mulai 1 September 2024 |
|
Bayaran salinan sah surat keputusan (RM50.00) |
Bayaran fi permohonan (RM50.00) perhakmilik |
Permohonan KLTS bagi surat kebenaran sebelum Sistem e-Tanah (manual), RM100.00 per hakmilik. Pecahan bayaran adalah RM50.00 bagi fi permohonan dan RM50.00 bagi salinan sah surat keputusan.
Kemaskini pada 2025-09-24 11:30:28 daripada Administrator








