Permohonan Stratum di bawah Seksyen 72A Kanun Tanah Negara
Permohonan bagi membenarkan penggunaan bawah tanah bagi mendirikan, menyenggara dan menduduki suatu struktur di tanah kerajaan atau tanah rizab
BAGAIMANA MEMOHON
- Dibuat melalui Pentadbir Tanah
- Dibuat oleh Pemilik Tanah Sendiri
- Permohonan hendaklah disertakan dengan segala dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
Permohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah
- 2 Salinan Borang Permohonan
- Jadual , Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan)
- Borang Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (jika berkaitan)
- Borang , Kanun Tanah Negara
- 1 Salinan kad pengenalan pemohon/ Sijil pendaftaran Syarikat
- 1 Salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat);
- Pelan dimensi ruang yang diperlukan.
- Butiran binaan yang menggunakan ruang udara
- Pelan pra-hitungan/ susuatur dan pelan struktur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Surat persetujuan daripada Pegawai Pengawal tanah rizab (jika ruang udara yang dipohon berada di atas tanah rizab )
FI PERMOHONAN
- Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah
PREMIUM
- Mengikut Kaedah Tanah Selangor
KUASA MELULUSKAN
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Kemaskini pada 2015-11-12 10:25:57 daripada Administrator