PERMOHONAN LANJUT TEMPOH PAJAKAN (PLTP) - SEKSYEN 197 & 76
DEFINISI
- Menyerah balik seluruh tanah yang terkandung di dalam miliknya dan memohon semula tanah kerajaan secara berimilik dan dipegang di dalam satu hakmilik;
-
Untuk tujuan lanjut tempoh pajakan.
KAEDAH PERMOHONAN
-
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan (PLTP) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan layari laman sesawang:
Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PLTP – Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan.
Manual pengguna bagi permohonan Lanjut Tempoh Pajakan adalah seperti link di bawah :
https://etanah.selangor.gov.my (Lanjut Tempoh Pajakan)
-
Setelah selesai pengisian permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PLTP), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan dan dokumen-dokumen dalam senarai semakan ke kaunter Pejabat Tanah dan Daerah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
-
Pemilik Tanah Berdaftar
KUASA MELULUS
- Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:30:02 daripada Administrator








