PERMOHONAN PAJAKAN TANAH RIZAB KERAJAAN DI BAWAH (PPJK) - SEKSYEN 63 KANUN TANAH NEGARA
DEFINISI
Mana-mana tanah kerajaan yang telah diwartakan bagi tujuan kegunaan awam dan tidak digunakan sebagaimana ianya dirizabkan boleh diusahakan bagi tujuan selain ianya dirizabkan melalui pajakan tanah rizab kerajaan.
KAEDAH PERMOHONAN
-
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan (PPJK) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan melayari laman sesawang:
Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PPJK – Permohonan Pajakan Tanah Perizaban.
Manual pengguna bagi permohonan Pajakan Tanah Perizaban adalah seperti link di bawah :
https://etanah.selangor.gov.my (Pajakan Tanah Perizaban)
-
Setelah selesai pengisian permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PPJK), pemohon perlu membuat cetakan untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Salinan hardcopy slip permohonan, borang permohonan dan dokumen-dokumen mengikut senarai semak dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
- Warganegara Malaysia selain remaja.
-
Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah.
-
Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957.
- Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
FI PERMOHONAN
- Bayaran adalah mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Selangor adalah sebanyak RM 70.00. (Bayaran dibuat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor)
KUASA MELULUS
- Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Ordinan Perwakilan Kuasa kepada YAB Dato Menteri Besar Selangor.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:45:36 daripada Administrator








