PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH (PT) - SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA
DEFINISI
Melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.
KAEDAH PERMOHONAN
- Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Pemberimilikan (PT) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan layari laman sesawang:
Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PT – Permohonan Pemberimilikan.
Manual pengguna bagi permohonan Pemberimilikan adalah seperti link di bawah :
-
Setelah selesai pengisian permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PT), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan dan dokumen-dokumen dalam senarai semakan ke kaunter Pejabat Tanah dan Daerah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
- Warganegara Malaysia selain remaja
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
- Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
-
Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
KUASA MELULUS
- Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:17:07 daripada Administrator








