RAYUAN KEPUTUSAN MMKN
Rayuan yang dikemukakan kerana tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali pengenaan premium, premium khas dan cukai tanah.
BAGAIMANA MEMOHON
- Dibuat melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor
- Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
- Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Kemukakan surat rayuan kepada Pengarah Tanah Dan Galian Selangor lengkap dengan alasan-alasan atau sebab mengapa syarat-syarat kelulusan MMKN perlu dipinda.
- 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
- Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
- 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan.
- Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan (berdasarkan senarai semak yang disediakan).
FI PERMOHONAN
- RM 50.00 permohonan kali pertama.
- RM 100.00 permohonan kali kedua dan seterusnya.
KUASA MELULUSKAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Kemaskini pada 2015-11-12 10:12:05 daripada Administrator