Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
 
 

FAQ

Contact
Feedback
Menu
Logo Logo
PORTAL RASMI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NEGERI SELANGOR

Permohonan Pecah Bahagian Tanah (PPB)- Seksyen 142 Kanun Tanah Negara

PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH (PPB) - SEKSYEN 142 KANUN TANAH NEGARA

Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai pemilik tanah bersama, dipecah bahagian supaya terletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka di bawah satu hakmilik yang berasingan. Walau bagaimanapun tidak semestinya setiap pemilik bersama diberikan hakmilik berasingan jika mereka masih ingin meneruskan pemilikan bersama dengan bahagiannya.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PPB adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.

Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml

Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:

https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html

 

1.

Dibuat oleh pemilik tanah sendiri.

2.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen.

 

FI PERMOHONAN

Bayaran RM100.00 per hakmilik (mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor) dan dibuat secara atas talian menggunakan FPX.

 

KUASA MELULUS

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor - Hakmilik Pejabat Pendaftar
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah

Kemaskini pada 2025-09-02 16:47:05 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, 1, 3, 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.