PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (PPS) - SEKSYEN 137 KANUN TANAH NEGARA
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik kekal, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih supaya tiap-tiap satunya dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau pemilik-pemilik tanah bersama yang sama.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PPS adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri. |
|
2. |
Setelah selesai isi maklumat atas talian sistem e-Tanah Negeri Selangor (PPS), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon. |
|
3.
|
Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak ke kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian. |
|
4. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan. |
FI PERMOHONAN
Bayaran dibuat secara atas talian menggunakan FPX.
|
UKURAN (HEKTAR) |
AMAUN (BAGI SETIAP HAKMILIK) |
|
0 — 10 hektar |
RM 120.00 |
|
10 — 50 hektar |
RM 360.00 |
|
50 — lebih |
RM 600.00 |
KUASA MELULUS
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor - Hakmilik Pejabat Pendaftar
- Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
Kemaskini pada 2025-09-02 16:47:38 daripada Administrator








