selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah (PSBB) - Seksyen 204B

 

PERMOHONAN SERAH BALIK DAN BERIMILIK SEMULA TANAH (PSBB) - SEKSYEN 204B KANUN TANAH NEGARA

Tuan punya tanah yang memegang satu lot atau lebih lot-lot yang berdampingan sama ada di bawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara atau kombinasi kedua-duanya boleh memohon menyerah balik lot atau lot-lot berkenaan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan syarat bahagian tertentu tanah tersebut diberimilik semula kepadanya dalam unit-unit berasingan samaada bagi tujuan penyatuan atau pecah sempadan tanpa mendedahkan pemilik tanah kepada risiko kehilangan tanah apabila membuat penyerahan balik tanah.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PSBB adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.

Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml

 

Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:

https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html

 

1.

Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A).

2.

Setelah  selesai  isi  maklumat  atas  talian sistem  e-Tanah  Negeri  Selangor (PSBB), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.

3.

 

Bawa  slip  berserta  dengan  borang  permohonan  yang  lengkap dengan cop atau tandatangan  bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak                       ke kaunter Pejabat Daerah  Dan  Tanah  untuk  membuat  perserahan  dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.

4.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan.

 

FI PERMOHONAN

Bayaran dibuat secara atas talian menggunakan FPX.

Kurang daripada 1 hektar

RM50.00

Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar

RM100.00

Lebih 10 hektar:

  • 10 hektar pertama
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya

 

RM100.00 RM10.00

 

KUASA MELULUS

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)


Kemaskini pada 2025-09-02 17:09:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page