Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
   

 PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

 


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Tukar Syarat Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu

PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH
(Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu)
(Seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara)

Pemilik tanah rizab melayu boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pengubahan/ pengenaan kategori kegunaan tanah dan syarat nyata tanah yang baru.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.(Permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 3 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah);
     
  2. 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat);
     
  3. 15 salinan pelan tapak asal (warna) yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bersekutu. yang ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A dan Jururancang berdaftar;
     
  4. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad;
     
  5. 3 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh  Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD);
     
  6. Ulasan-ulasan jabatan teknikal;

*Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.
 

 

FI PERMOHONAN

  1. Pejabat Tanah Daerah - 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit ”soft copy” berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint .
     
  2. Pihak Berkuasa Tempatan
     
  3. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
     
  4. Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
     
  5. Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
     
  6. Jabatan Pengairan Dan Saliran
     
  7. Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
     
  8. Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
     
  9. Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
    • Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
    • Salinan resit cukai tanah tahun semasa;
    • Salinan hakmilik tanah;
    • Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran;
    • Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri.
    • 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital ”soft copy” berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point.
       
  10. Tidak lebih 1 hektar – RM70.00
     
  11. Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00
     
  12. Lebih 10 hektar:
  • 10 hektar pertama – RM140.00.
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM15.00

 

KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (pindaan) 2003

 

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

  • Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi Tanah Simpanan Melayu (Pegangan Melayu)
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bagi Tanah Simpanan Melayu (bukan Pegangan Melayu).


Kemaskini pada 2015-11-11 17:37:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat