PERMOHONAN SERENTAK PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT TANAH RIZAB MELAYU (PPSS) - SEKSYEN 124A KANUN TANAH NEGARA
Permohonan di bawah Seksyen 124A KTN membenarkan dengan mudah pemilik tanah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat pengubahan/pengenaan kegunaan/ syarat nyata tanah dan memecah sempadan Tanah Rizab Melayu secara serentak bagi hakmilik yang dipegang di bawah hakmilik tetap.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PPSS adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A). |
|
2.
|
Setelah selesai isi maklumat atas talian sistem e-Tanah Negeri Selangor (PPSS), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon. |
|
3.
|
Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak ke kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian. |
|
4. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan. |
FI PERMOHONAN
|
|
Tidak lebih 10 hektar |
- |
RM120.00 |
|
|
10 hektar hingga 50 hektar |
- |
RM360.00 |
|
|
Lebih 50 hektar |
- |
RM600.00 |
KUASA MELULUS
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bagi Tanah Rizab Melayu (Bukan Pegangan Melayu).
- Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi Tanah Rizab Melayu (Pegangan Melayu)
Kemaskini pada 2025-09-24 11:13:29 daripada Administrator








