PERMOHONAN SERENTAK PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT TANAH (PPSS) - SEKSYEN 124A KANUN TANAH NEGARA
Permohonan di bawah Seksyen 124A KTN membenarkan dengan mudah pemilik tanah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat pengubahan/pengenaan kegunaan/ syarat nyata tanah dan memecah sempadan tanah secara serentak bagi hakmilik yang dipegang di bawah hakmilik tetap.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PPSS adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A). |
|
2.
|
Setelah selesai isi maklumat atas talian sistem e-Tanah Negeri Selangor (PPSS), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon. |
|
3.
|
Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak ke kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian. |
|
4. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan. |
FI PERMOHONAN
|
|
Tidak lebih 10 hektar |
- |
RM120.00 |
|
|
10 hektar hingga 50 hektar |
- |
RM360.00 |
|
|
Lebih 50 hektar |
- |
RM600.00 |
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)
Kemaskini pada 2025-09-24 11:12:09 daripada Administrator








