Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
 
 

FAQ

Contact
Feedback
Menu
Logo Logo
PORTAL RASMI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NEGERI SELANGOR

Permohonan Rayuan Keputusan MMKN

PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN MMKN

Rayuan yang dikemukakan kerana tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan tidak bertentangan dengan syarat-syarat kelulusan yang diputuskan oleh MMKN sebelumnya kecuali pengenaan premium, premium khas dan cukai tanah.

  • Meminda kuota jualan bumiputera.
  • Meminda komponen dan jenis bangunan.
  • Pengecualian kkilang kos rendah.
  • Permohonan pengecualian bayaran caruman parit. (Bukti pembayaran telah dibuat).
  • Permohonan pengecualian caruman Tabung Amanah Perkuburan. (Bukti pembayaran telah dibuat).

KAEDAH PERMOHONAN

  • Kemukakan surat rayuan kepada Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor yang lengkap dengan alasan-alasan atau sebab mengapa syarat-syarat kelulusan MMKN perlu dipinda.
  • 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ berserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  • Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  • 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan.
  • Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan (berdasarkan senarai semak yang disediakan).

 

Permohonan pinda harga jualan, sila senaraikan harga jualan yang dicadangkan.

  • Dapatkan ulasan daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH).
  • Dapatkan Gross Development Value (GDV)
  • Dapatkan Gross Development Cash (GDC)
  • Dapatkan Return of Investment (ROI)

Permohonan pengecualian bayaran caruman parit

  1. Dapatkan ulasan daripada Jabatan pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS)

 

  1. FI PERMOHONAN

 

  • Permohonan kali pertama
  •  

RM 50.00

  • Permohonan kali kedua dan seterusnya
  •  

RM 100.00

 

KUASA MELULUS

  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Kemaskini pada 2025-09-02 17:11:53 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, 1, 3, 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.