PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (PLMS) - SEKSYEN 65 KANUN TANAH NEGARA
DEFINISI
Suatu kebenaran dalam bentuk lesen yang bersifat sementara diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak yang diberikan kuasa untuk suatu tujuan yang telah dikhaskan di mana tanpanya seseorang itu akan dianggap sebagai penceroboh dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
KAEDAH PERMOHONAN
-
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan (PPJK) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan melayari laman sesawang:
Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PLMS – Permohonan Lesen Menduduki Sementara.
Manual pengguna bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara adalah seperti link di bawah :
https://etanah.selangor.gov.my (Lesen Pendudukan Sementara)
-
Setelah selesai pengisian permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PLMS), pemohon perlu membuat cetakan untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Salinan hardcopy slip permohonan, borang permohonan dan dokumen-dokumen mengikut senarai semak dikemukakan ke Pejabat Daerah Dan Tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
-
Warganegara Malaysia selain remaja.
-
Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah.
-
Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957.
- Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
FI PERMOHONAN
- Bayaran adalah mengikut Pekeliling PTG Bil.4/2015
KUASA MELULUS
- Selaras dengan Pekeliling PTG Bil.4/2015.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:54:12 daripada Administrator








