Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
   

 PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

 


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

MBJ - Latarbelakang

SEJARAH PENUBUHAN

  • MBJ Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah ditubuhkan pada 9 Disember 2000 sebagaimana peruntukan Pekeliling Bil. 2 Tahun 1992. Pemilihan wakil pegawai dan 9 wakil pekerja telah dilakukan dalam taklimat tersebut. Mesyuarat MBJ Bil. 1/2000 telah diadakan pada 15 Disember 2000.
  • Penubuhan MBJ ini bertujuan mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui perbincangan di antara pekerja-pekerja pengurusan dan professional dengan kerajaan. Ia juga bertujuan mengadakan jentera bagi menguruskan masalah-masalah berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran serta mengumpulkan pelbagai buah fikiran pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi bahagian yang terdapat di jabatan ini.


APA ITU MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
 

FUNGSI MBJ

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

  • Memberi Penerangan, Pendedahan dan Pemahaman Mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/1992, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2002 dan Buku Panduan Penubuhan MBJ.
  • MBJ menitikberatkan aspek kepentingan dan kebajikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. Masalah yang boleh dibincangkan di dalam MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali menyentuh dasar kerajaan atau hal peribadi.


PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan tempat bekerja kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.
Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran, kewangan, elaun dan kemudahan dan hal-hal lain.


FAEDAH MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.
 

KEAHLIAN MBJ
Perwakilan pihak pegawai dan pihak pekerja di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dipilih melalui Konvesyen yang diadakan dua (2) tahun sekali.

KEKERAPAN MESYUARAT
Mesyuarat MBJ diadakan setiap tiga (3) bulan iaitu sebanyak empat (4) kali setahun.

 


Kemaskini pada 2018-10-05 09:56:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat