PPBB - PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN, BANGUNAN DAN TANAH, ATAU TANAH
Bagi pembangunan secara menegak yang melibatkan bangunan berbilang tingkat, kaedah Permohonan Pecah Bahagi Bangunan di bawah Seksyen 9, Akta Hakmilik Strata 1985 diperkenalkan bagi tujuan mengeluarkan Hakmilik Strata kepada petak-petak bertingkat, Petak Tanah (Parcel landed) dan Hakmilik Strata Sementara kepada blok-blok sementara (bagi pembangunan berfasa) selepas mematuhi syarat-syarat bagi kelulusan di bawah Seksyen 10, Akta Hakmilik Strata 1985.
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN
- Jangkaan bagi tempoh kelulusan adalah 60-90 hari bekerja bergantung kepada jumlah petak yang terlibat bagi keseluruhan Skim. Tempoh tersebut tidak mengambil kira masa dan komitmen jurukur yang dilantik oleh pemilik tanah/pemaju berkenaan dokumentasi yang tidak lengkap atau dokumen dikuiri atas faktor tertentu.
CARA MEMOHON:
- Permohonan perlu dibuat melalui Portal Awam e-Tanah oleh Jurukur Tanah Berlesen yang dilantik. Pemohon wajib mempunyai akaun pengguna sebelum membuat perserahan di Kaunter Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor di Tingkat 1, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
- Pilih urusan PPBB – Permohonan Pecah Bahagi Bangunan pada Skrin Pilihan Urusan di bawah Modul Strata.
- Melengkapkan Tab:
- Maklumat Hakmilik
- Butiran Daerah, Bandar/Pekan/Mukim, Jenis Hakmilik (GRN/PN/GM/PM), dan No Hakmilik.
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Pemilik Asal.
- Maklumat Pemegang Surat Kuasa Wakil – bagi permohonan yang diwakili oleh Pemegang Surat Kuasa Wakil oleh Pemilik Tanah. Mandatori bagi Surat Kuasa Wakil ini berjaya didaftarkan di Bahagian Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Daerah/Tanah mengikut hakmilik serta berstatus berkuatkuasa untuk digunakan.
- Maklumat Pelikuidasi
Butiran Pelikuidasi yang dilantik oleh mana-mana Mahkamah Tinggi bagi Pemilik Tanah/Pemegang Surat Kuasa Wakil yang telah digulungkan.
- Maklumat Urusan
- Maklumat Asas Permohonan
- Maklumat Perbadanan Pengurusan
- Maklumat Tambahan
- Perakuan JUPEM
- Maklumat Jurukur Tanah Berlesen
- Maklumat Arkitek Berdaftar
- Maklumat Jadual Strata
- Muat Turun Template dan Garis Panduan Jadual Strata, isi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan muat naik Kembali Jadual Strata yang telah lengkap di ruangan Muatnaik Jadual Strata.
- Terdapat 2 Jenis Formula Unit Syer –
- Formula Biasa - Formula biasa adalah permohonan yang mengikut standard yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah
- Formula Lain- Sekiranya pemohon memilih formula lain, pemohon perlu memuat naik dua jadual strata iaitu jadual strata mengikut formula biasa dan jadual strata mengikut formula lain. Ini adalah untuk Pejabat Tanah menyemak dan membuat perbandingan antara dua formula yang diberikan.
- Borang Permohonan
Deraf dan Jana Borang 1, Seksyen 9, Akta Hakmilik Strata 1985.
- Dokumen disertakan
- Paparan senarai dokumen dipaparkan mengikut keperluan permohonan.
- Memuatnaik Dokumen yang diperlukan di ruang Lampiran.
- Pengesahan dokumen
- Pastikan Borang 1 yang telah ditandatangani dimuat naik dengan jelas pada Tab Dokumen Disertakan.
- Pastikan Borang 1 yang dimuatnaik adalah sama dengan yang dipaparkan.
- Perakuan
- Jumlah perlu bayar akan terpapar
- Fi Permohonan utk PPBB – RM10/petak
- Fi Pendaftaran dan Pengeluaran Hakmilik Strata – RM30/petak
- Fi Cetakan Pelan dan bayaran Hakmilik Strata (PAB)/ EB4 – RM10/petak
- Deposit Blok Sementara RM500/petak
- Permohonan akan dihantar untuk semakan awal Permohonan.
- Jumlah perlu bayar akan terpapar
- Penghantaran Fail Fizikal bagi tujuan semakan
- Penghantaran fail fizikal oleh pemohon melalui Kaunter Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata di Tingkat 1.
- Proses semak silang fail fizikal dengan pengisian di dalam sistem oleh pegawai.
KAEDAH BAYARAN
- Bayaran melalui Debit Terus Akaun (FPX) dan Cetakan Salinan Resit daripada Portal e-Tanah sahaja yang boleh dijadikan sebagai bukti Pembayaran.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
- Notis permohonan akan dipaparkan pada Notifikasi setelah permohonan berjaya dihantar.
- Rujuk Menu Status Permohonan bagi:
- Semakan Status terkini permohonan :
- Permohonan Belum Diserah
- Dalam Semakan (Pra)
- Selesai
- Muat Turun Resit untuk rujukan
- Semakan Status terkini permohonan :
PENGEMASKINIAN PERTANYAAN
- Status Pertanyaan akan dipaparkan untuk Maklumat Tidak Lengkap. Klik pada ikon Kemaskini untuk menjawab pertanyaan dan buat pembetulan pada maklumat yang terlibat dan Perakuan dihantar bagi melengkapkan Jawapan Pertanyaan.
KUTIPAN SURAT KEPUTUSAN
- Pemohon akan terima Notifikasi Sedia dikutip di Kaunter SPOC serta salinan surat keputusan ke Portal Awam.
- Dapatkan Tarikh Temujanji dengan pegawai.
- Kutipan dilakukan di Kaunter Tingkat 1, Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata dengan membawa bersama lampiran tersebut:
- Surat pengesahan Wakil yang dilantik daripada Jurukur Tanah Berlesen
- Salinan Mykad Wakil
- Salinan Resit Bayaran
Kemaskini pada 2025-08-05 08:34:26 daripada Administrator








