selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

SIFUS - PERMOHONAN SIJIL FORMULA UNIT SYER

SIFUS - PERMOHONAN SIJIL FORMULA UNIT SYER

Permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) adalah suatu urusan untuk mengeluarkan Sijil Formula Unit Syer sebagai pra-syarat kepada permohonan Pecah Bangunan bagi memenuhi syarat kelulusan di bawah Seksyen 10 (h), Akta Hakmilik Strata. Sijil SiFUS ini merupakan perakuan kepada formula yang digunakan oleh pemohon dalam menentukan kesaksamaan unit syer. Pemohon perlu mengemukakan Borang B semasa membuat permohonan.

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN

  • Jangkaan bagi tempoh kelulusan adalah  60- 90 hari bekerja bergantung kepada jumlah petak yang terlibat bagi keseluruhan Skim. Tempoh tersebut tidak mengambil kira masa dan komitmen jurukur yang dilantik oleh pemilik tanah / pemaju berkenaan dokumentasi yang tidak lengkap atau dokumen dikuiri atas faktor tertentu.

 

CARA MEMOHON:

  • Permohonan perlu dibuat melalui Portal Awam e-Tanah oleh Jurukur Tanah Berlesen yang dilantik. Pemohon wajib mempunyai akaun pengguna sebelum membuat perserahan di Kaunter Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor di di Tingkat 1, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
  • Pilih urusan SiFUS – Permohonan Sijil Formula Unit Syer pada Skrin Pilihan Urusan di bawah Modul Strata.
  • Melengkapkan Tab:

 

  1. Maklumat Hakmilik
    1. Butiran Daerah, Bandar/Pekan/Mukim, Jenis Hakmilik (GRN/PN/GM/PM), dan No Hakmilik.
  2. Maklumat Pemohon
    1. Maklumat Pemilik Asal.
    2. Maklumat Pemegang Surat Kuasa Wakil – bagi permohonan yang diwakili oleh Pemegang Surat Kuasa Wakil oleh Pemilik Tanah. Mandatori bagi Surat Kuasa Wakil ini berjaya didaftarkan di Bahagian Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Daerah/Tanah mengikut hakmilik serta berstatus berkuatkuasa untuk digunakan.
    3. Maklumat Pelikuidasi

Butiran Pelikuidasi yang dilantik oleh mana-mana Mahkamah Tinggi bagi Pemilik Tanah/Pemegang Surat Kuasa Wakil yang telah digulungkan.

  1. Maklumat Urusan
    1. Maklumat Asas Permohonan (Ringkasan Jadual Strata)
    2. Maklumat Jurukur Tanah
    3. Maklumat Arkitek Berdaftar
  2. Maklumat Formula Unit Syer
    1. Formula Unit Syer - Formula Biasa (Formula biasa adalah permohonan yang mengikut standard yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah)
    2. Formula Unit Syer - Formula Lain (Sekiranya pemohon memilih formula lain, pemohon perlu memuat naik dua jadual strata iaitu jadual strata mengikut formula biasa dan jadual strata mengikut formula lain. Ini adalah untuk Pejabat Tanah menyemak dan membuat perbandingan antara dua formula yang diberikan)
  3. Borang Permohonan

Deraf dan Jana Borang B, Subkaedah 9 (2), Kaedah Hakmilik Strata 2015.

  1. Dokumen disertakan

Paparan senarai dokumen dipaparkan mengikut keperluan permohonan.

  1. Pengesahan dokumen
    1. Pastikan Borang B yang telah ditandatangani dimuat naik dengan jelas pada Tab Dokumen Disertakan.
    2. Pastikan Borang B yang dimuatnaik adalah sama dengan yang dipaparkan.
  2. Perakuan
    1. Jumlah perlu bayar akan terpapar (RM10/ petak > Maksimum RM200)
    2. Permohonan akan dihantar untuk semakan awal Permohonan
  3. Penghantaran Fail Fizikal bagi tujuan semakan
    1. Penghantaran fail fizikal oleh pemohon melalui Kaunter Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata di Tingkat 1.
    2. Proses semak silang fail fizikal dengan pengisian di dalam sistem oleh pegawai.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

  1. Notis permohonan akan dipaparkan pada Notifikasi setelah permohonan berjaya dihantar.
  2. Rujuk Menu Status Permohonan bagi Semakan Status terkini permohonan untuk mengetahui status semasa permohonan tersebut.
    • Permohonan Belum Diserah
    • Dalam Semakan (Pra)
    • Menunggu Bayaran
    • Selesai
    • Muat Turun Resit untuk rujukan

 

KAEDAH BAYARAN

  1. Bayaran melalui Debit Terus Akaun (FPX) dan Cetakan Salinan Resit daripada Portal e-Tanah sahaja yang boleh dijadikan sebagai bukti Pembayaran.

 

PENGEMASKINIAN PERTANYAAN

  • Status Pertanyaan akan dipaparkan untuk Maklumat Tidak Lengkap. Klik pada ikon Kemaskini untuk menjawab pertanyaan dan buat pembetulan pada maklumat yang terlibat dan Perakuan dihantar bagi melengkapkan Jawapan Pertanyaan.

 

KUTIPAN SURAT KEPUTUSAN DAN SIJIL SIFUS

  1. Pemohon akan terima Notifikasi Sedia dikutip di Kaunter SPOC serta salinan surat keputusan ke Portal Awam.
  2. Dapatkan Tarikh Temujanji dengan pegawai.
  3. Kutipan dilakukan di Kaunter Tingkat 1, Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata dengan membawa bersama lampiran tersebut:
    1. Surat pengesahan Wakil yang dilantik daripada Jurukur Tanah Berlesen
    2. Salinan Mykad Wakil
    3. Salinan Resit Bayaran

Kemaskini pada 2025-09-02 11:08:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page