PERMOHONAN DAN PEMBANGUNAN STRATA
Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata mengurus keseluruhan kitaran pembangunan strata, bermula daripada Penetapan Unit Syer, Keperluan Tanah dan Ruang Udara, Pewujudan Hakmilik Strata, Penubuhan Perbadanan Pengurusan, Perubahan Petak sehingga Penamatan Skim Strata.
RINGKASAN 2 TERAS UTAMA
| TERAS | FOKUS PERKHIDMATAN | KOD URUSAN YANG TERLIBAT |
| TERAS 1 | Permohonan Hakmilik Strata
| SiFUS PSiFUS PSNT PPBB PPHSYB PPPP PPPPS |
| TERAS 2 | Pembangunan Strata:
| PPRUS PMMP6 PMMP7 PSS |
TERAS 1: PERMOHONAN HAKMILIK STRATA
| URUSAN 1: Permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses permohonan untuk mendapatkan Pengesahan Formula Pengiraan Unit Syer bagi petak-petak dalam sesuatu pembangunan strata. • Tujuan Teras: Memastikan asas pembangunan strata, khususnya unit syer bagi setiap petak, ditentukan dengan jelas dan teratur sebelum Proses Pecah Bahagi Bangunan atau Tanah diteruskan. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Selepas Pelan Bangunan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tetapi wajib diperoleh SEBELUM sebarang Jualan Petak (Unit Strata) bermula (formula syer diluluskan wajib dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli - S&P). |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak SiFUS di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | - RM10/petak (< 20 petak) - RM200.00 (≥ 20 petak) melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 60 hingga 90 hari bekerja. (bergantung kepada jumlah petak/petak aksesori dan komitmen pemohon menyediakan dokumen dengan teratur). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 2: Permohonan Pindaan Sijil Formula Unit Syer (PSiFUS) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses permohonan untuk meminda Formula Unit Syer yang telah diluluskan apabila terdapat perubahan yang berkaitan dengan pembangunan atau pengiraan unit syer asal. • Tujuan Teras: Memastikan asas pembangunan strata, khususnya unit syer bagi setiap petak, ditentukan dengan jelas dan teratur sebelum Proses Pecah Bahagi Bangunan atau Tanah diteruskan. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Apabila berlakunya perubahan atau pindaan daripada permohonan asal SiFUS yang telah diluluskan sebelum ini. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PSiFUS di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM50 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 60 hingga 90 hari bekerja. (bergantung kepada jumlah petak/petak aksesori dan komitmen pemohon menyediakan dokumen dengan teratur). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 3: Permohonan Pindaan Syarat Nyata Tanah (PSNT) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses permohonan untuk meminda syarat nyata yang dinyatakan pada hakmilik tanah bagi membolehkan pembangunan atau penggunaan tanah yang dicadangkan dilaksanakan mengikut kelulusan berkaitan. • Tujuan Teras: Memastikan status, syarat dan kepentingan tanah serta penggunaan ruang udara yang berkaitan dengan pembangunan strata adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan kelulusan pembangunan. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Mestilah diselesaikan sebelum permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS). Pemaju/pemilik tanah wajib memastikan status tanah selaras dengan Perintah Pembangunan (DO) dan kategori kegunaan bangunan. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PSNT di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM60 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 6 hingga 12 bulan (bergantung kepada ulasan agensi berkaitan, tempoh bayaran Premium Tambahan / Notis Borang 7G, serta pengeluaran Surat Kelulusan & pengendosan hakmilik). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan Pindaan Syarat Nyata Tanah adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor) |
| URUSAN 4: Permohonan Pecah Bahagi Bangunan, Bangunan dan Tanah atau Tanah (PPBB) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses untuk membahagikan sesuatu bangunan, bangunan dan tanah atau tanah kepada petak-petak bagi tujuan pengeluaran hakmilik strata. • Tujuan Teras: Memastikan proses pewujudan petak dan pengeluaran hakmilik strata dilaksanakan secara teratur, tepat dan mengikut peruntukan undang-undang. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Wajib dimohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengeluaran Perakuan Siap dan Kepatuhan (CCC/CFO) atau tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P) yang mana terkemudian, setelah pemilik asal/pemaju bersetuju menjual mana-mana petak. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PPBB di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | • Bayaran Permohonan: RM300 (<30 petak) / RM10 per petak (≥30 petak) • Bayaran Pendaftaran & Penyediaan Hakmilik: RM30 per petak • Bayaran Proses Pelan Hakmilik Strata: RM10 per petak |
| Tempoh Kelulusan | 60 hingga 90 hari bekerja (bergantung kepada jumlah petak/petak aksesori dan komitmen pemohon menyediakan dokumen dengan teratur). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 5: Permohonan Pengeluaran Hakmilik Strata Yang Berasingan Berkenaan dengan Hakmilik Strata Sementara (PPHSYB) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses untuk mendapatkan hakmilik strata yang berasingan bagi menggantikan atau menyempurnakan hakmilik strata sementara mengikut Seksyen 20 Akta Hakmilik Strata 1985. • Tujuan Teras: Memastikan proses pewujudan petak dan pengeluaran hakmilik strata dilaksanakan secara teratur, tepat dan mengikut peruntukan undang-undang. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penyiapan bangunan di peringkat Blok Sementara (selepas pengeluaran CCC atau Penyiapan Struktur Utama Blok Sementara). |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PPHSYB di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | • Bayaran Permohonan: RM300 (<30 petak) / RM10 per petak (≥30 petak) • Bayaran Pendaftaran & Penyediaan Hakmilik: RM30 per petak • Bayaran Proses Pelan Hakmilik Strata: RM10 per petak |
| Tempoh Kelulusan | 60 hingga 90 hari bekerja. (bergantung kepada jumlah petak/petak aksesori dan komitmen pemohon menyediakan dokumen dengan teratur). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 6: Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (PPPPS) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses Pengeluaran Perakuan berkaitan penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC) bagi bahagian atau komponen tertentu dalam sesuatu skim strata. • Tujuan Teras: Memastikan Perbadanan Pengurusan diwujudkan dan diperakui bagi membolehkan pengurusan serta penyenggaraan Harta Bersama dilaksanakan secara teratur. |
| Siapa Boleh Memohon | Perbadanan Pengurusan (MC), Pemaju, Tuan Tanah Asal, atau Agen Pengurus Harta / Wakil Kuasa yang dilantik secara rasmi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Selepas MC induk ditubuhkan dan mendapat kelulusan melalui Resolusi Komprehensif dalam Mesyuarat Agung. Syarat & Keperluan: 1. Skim telah menubuhkan MC Induk. 2. Terdapat keperluan mewujudkan Harta Bersama Terhad bagi blok/komponen khas. 3. Memperoleh sokongan sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah unit syer agregat semua pemilik dalam Mesyuarat Agung. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PPPPS di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM200 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 30 – 60 hari bekerja. |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 7: Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan (PPPP) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses Pengeluaran Perakuan berkaitan penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi sesuatu Skim Strata. • Tujuan Teras: Memastikan Perbadanan Pengurusan diwujudkan dan diperakui bagi membolehkan pengurusan serta penyenggaraan Harta Bersama dilaksanakan secara teratur. |
| Siapa Boleh Memohon | Perbadanan Pengurusan (MC), Pemaju, Tuan Tanah Asal, atau Agen Pengurus Harta / Wakil Kuasa yang dilantik secara rasmi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Apabila penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) telah berlaku selepas Pengeluaran Hakmilik Strata di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Strata 2013. Syarat & Keperluan: Diperlukan untuk pengesahan rasmi status MC bagi urusan pentadbiran harta bersama, pembukaan akaun bank, atau tindakan undang-undang. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PPPP di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM30 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 30 – 60 hari bekerja. |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
TERAS 2: PEMBANGUNAN STRATA
| URUSAN 8: Permohonan Permit Ruang Udara (Pembangunan Berstrata) (PPRUS) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses permohonan permit berkaitan penggunaan ruang udara di atas tanah bagi tujuan pembangunan berstrata tertakluk kepada keperluan dan kelulusan yang ditetapkan. • Tujuan Teras: Memastikan status, syarat dan kepentingan tanah serta penggunaan ruang udara yang berkaitan dengan pembangunan strata adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan kelulusan pembangunan. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Apabila struktur bangunan yang didirikan memerlukan kelulusan ruang udara atau terdapat pembinaan struktur bangunan di luar sempadan lot tanah. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PPRUS di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM20 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 3 hingga 6 bulan (mengambil kira penilaian teknikal, penyediaan Kertas Pertimbangan, dan pertimbangan Pengarah PTGS). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 9: Permohonan untuk Memecah Petak (PMMP6) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses untuk memecahkan satu petak kepada dua atau lebih petak berasingan mengikut Seksyen 28 Akta Hakmilik Strata 1985. • Tujuan Teras: Permohonan yang melibatkan perubahan terhadap petak yang telah mempunyai hakmilik strata oleh pemilik yang sama bagi petak yang berkenaan dan bersebelahan. |
| Siapa Boleh Memohon | Pemilik Berdaftar Petak (pemilik tunggal yang terdaftar dalam DHKK). |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Bila-bila masa selepas pemilik menerima Dokumen Hakmilik Keluaran (Borang 4) dan ingin memecah petak miliknya. Syarat Utama: 1. Keizinan bertulis daripada MC & Pemegang Gadaian (Bank). 2. Jumlah unit syer baharu mestilah SAMA dengan unit syer asal. 3. Pelan pecahan petak disediakan oleh JTB yang dilantik. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PMMP6 di Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM200 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 3 hingga 6 bulan (mengambil kira penilaian teknikal & pertimbangan Pengarah PTGS). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 10: Permohonan untuk Penyatuan Petak (PMMP7) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses untuk menyatukan dua atau lebih petak berdampingan menjadi satu petak tunggal. • Tujuan Teras: Permohonan yang melibatkan perubahan terhadap petak yang telah mempunyai hakmilik strata oleh pemilik yang sama bagi petak yang berkenaan dan bersebelahan. |
| Siapa Boleh Memohon | Pemilik Berdaftar bagi petak-petak berbilang yang mahu disatukan. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Apabila pemilik mahu menggabungkan petak bersebelahan (horizontal atau menegak di tingkat berbeza). Syarat Utama: 1. Petak-petak dipegang oleh pemilik yang sama dan berdampingan fizikal. 2. Keizinan bertulis daripada pihak Bank (jika ada gadaian). 3. Pelan penyatuan diperakui JTB. 4. Tiada tunggakan cukai petak atau yuran penyelenggaraan MC/JMB. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PMMP7 di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM200 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 3 hingga 6 bulan. (mengambil kira penilaian teknikal & pertimbangan Pengarah PTGS). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
| URUSAN 11: Penamatan Skim Strata (PSS) | |
|---|---|
| Keterangan / Tujuan | Proses untuk membatalkan status pecah bahagi bangunan strata supaya tanah dapat dikembalikan kepada hakmilik tunggal atau dibangunkan semula. • Tujuan Teras: Mengurus proses penamatan sesuatu skim strata secara sah dan teratur mengikut peruntukan undang-undang (Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985) apabila skim tersebut tidak lagi diteruskan sebagai Skim Strata. |
| Siapa Boleh Memohon | Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang dilantik oleh Pemilik Asal Tanah / Pemaju / Pelikuidasi. |
| Bila Perlu Memohon / Syarat | Apabila wujud keperluan untuk menamatkan status skim strata. Syarat Utama: • Memerlukan persetujuan 100% daripada semua pemilik petak dalam skim (melainkan ada perintah mahkamah khusus). • Permohonan dikemukakan menggunakan Borang 8. |
| Dokumen Diperlukan | Rujuk Senarai Semak PSS di Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) & Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah Selangor. |
| Fi / Bayaran | RM50 melalui FPX di Portal e-Tanah Selangor atau Kaunter SPOC. |
| Tempoh Kelulusan | 3 hingga 6 bulan. (mengambil kira penilaian teknikal & pertimbangan Pengarah PTGS). |
| Kelulusan | Kuasa melulus bagi Permohonan PPRUS adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor |
Kemaskini pada 2026-11-06 15:37:00 daripada Vox Administrator









