Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
 
 

FAQ

Contact
Feedback
Menu
Logo Logo
PORTAL RASMI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NEGERI SELANGOR

Soalan Lazim - Unit Integriti

1. Apakah jenis aduan dan siasatan yang boleh diproses di Unit Integriti?

Unit Integriti memproses dan menjalankan siasatan berkaitan salahlaku pegawai dan kakitangan PTGS yang berjawatan kontrak dan tetap dari pelbagai jawatan dan gred seperti berikut :

i. Salah Laku Jenayah

ii. Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)

iii. Penyalahgunaan Kuasa

iv. Memberi atau Menerima Rasuah

v. Gangguan Seksual

vi. Tuntutan Palsu & Pemalsuan Dokumen

vii. Konflik Kepentingan

viii. Gangguan seksual

ix. Lain-lain aduan tatakelakuan dan integriti

 

2. Bagaimana aduan atau saluran maklumat salahlaku dan integriti kakitangan boleh dibuat?

Aduan atau saluran maklumat boleh dibuat seperti berikut :

i. Melalui panggilan telefon ke nombor 03-55447418/7817pada waktu pejabat

ii. Menghantar surat kepada Unit Integriti, Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40576, Shah Alam, Selangor

iii. Menghantar emel ke alamat integritiPTGS@selangor.gov.my

iv. Hadir bersemuka dengan pegawai di Unit Integriti, PTGS

 

3. Sejauhmanakah kerahsiaan dokumen atau maklumat yang diberikan oleh pengadu/saksi yang dipanggil dilindungi?

Semua laporan dan dokumen yang terkandung dalam Fail Pengesanan & Pengesahan adalah terperingkat sebagai SULIT. Ianya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak. Pengadu atau saksi yang dipanggil semasa sesi temu bual dikehendaki mendedahkan segala maklumat yang diketahui, berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat, dan jika apa-apa maklumat yang diberikan adalah terjumlah kepada tidak jujur, tidak beramanah atau membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi, pegawai boleh di kenakan tindakan tatatertib mengikut Perturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib).


Kemaskini pada 2023-07-12 14:02:21 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, 1, 3, 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.