UNIT INTEGRITI
- Memastikan amalan tadbir urus yang terbaik (good governance) dilaksanakan di setiap bahagian dan unit di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian, pelaksanaan dan pengukuhan integriti di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui pelaksanaan program-program pembudayaan, hebahan dan latihan dengan kerjasama agensi dan jabatan berkaitan.
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan yang melibatkan penjawat awam di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku, jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika yang melibatkan penjawat awam di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan kes jenayah kepada agensi penguatkuasaan.
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan No. 2 di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta memastikan semua tindakan dan prosiding tatatertib adalah mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Kemaskini pada 2026-11-24 11:08:07 daripada Training Admin









