UNIT TASKFORCE DAN PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Unit TaskForce dan Penyelidikan adalah sebuah unit baru yang secara rasminya ditubuhkan bulan September tahun 2012 di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Ia terdiri daripada 4 orang pegawai yang mempunyai latar belakang teknikal yang berbeza seperti Pegawai Undang-Undang L48, Pegawai Tadbir N41, Pegawai Penilaian W44 dan Juruukur Bahan J44. Unit ini dibantu oleh 2 kakitangan sokongan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah NT27 dan Pembantu Tadbir N17.
OBJEKTIF
- Mengawal selia dan dan memantau aset Kerajaan Negeri (Tanah Kerajaan).
- Mengenalpasti potensi projek pembangunan di atas tanah kerajaan dari segi perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos projek.
- Mencadangkan dan membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam membuat pertimbangan ke atas projek pembangunan di atas tanah kerajaan.
- Membantu Pejabat Tanah dan Galian Selangor dalam aspek teknikal berkaitan perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos projek.
- Memastikan kemantapan, keseragaman dan perlaksanaan pentadbiran tanah menepati garis panduan dasar-dasar tanah di Negeri Selangor
FUNGSI
- Melakukan siasatan tanah, pemantauan dan penyeliaan secara rapi dari masa ke semasa aktiviti-aktiviti di kawasan zon tanah jajahan Kerajaan Negeri agar kepentingan hak Kerajaan Negeri ke atas tanah negeri terpelihara.
- Membuat pengawalan dan pemantauan maklumat GIS aset Kerajaan Negeri Selangor (Tanah Kerajaan) (Selangor Land Information Sistem - SELIS).
- Menjalankan siasatan dan khidmat teknikal dari perspektif perancang bandar bagi projek pembangunan di atas tanah kerajaan.
- Membantu dalam mengenalpasti Anggaran Kasar Nilaian Tanah diperingkat awal untuk pengiraan premium tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Negeri.
- Menyediakan inventori tanah-tanah yang telah dilucut hak menjadi tanah kerajaan.
- Membuat semakan dan nasihat perundangan atas arahan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri dari aspek pentadbiran tanah dari semasa ke semasa.
- Menyediakan kertas kajian tanah dari aspek perundangan dan mengeluarkan pandangan/pendapat yang bermanfaat selaras dengan perundangan tanah negeri
- Membuat semakan kepada dasar pentadbiran tanah merujuk kepada Pekeliling dan Arahan PTGS atas arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dari semasa ke semasa
- Memelihara kepentingan kerajaan Negeri dalam mengetahui nilaian semasa harta tanah bagi Negeri Selangor.
- Memberi perkhidmatan perundingan dalam aspek kajian kemungkinan, pengurusan harta, pelaburan harta ,perejenan harta dan membantu Pejabat Kewangan Negeri dalam melaksana polisi berkaitan harta tanah.
Kemaskini pada 2022-11-23 16:28:40 daripada Administrator