BAHAGIAN PERMOHONAN DAN PEMBANGUNAN STRATA
UNIT PENTADBIRAN
Mengurus dan memastikan kelancaran operasi serta pentadbiran dalaman Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata.
- Pengurusan Sumber Manusia: Mengendalikan hal-ehwal pengurusan pegawai dan kakitangan bahagian.
- Pengurusan Aset: Memastikan pengurusan dan penyelenggaraan aset bahagian dilaksanakan secara teratur.
- Pengurusan Komunikasi & Pentadbiran: Menguruskan penyediaan serta pendaftaran surat rasmi, memo, dan e-mel bahagian.
UNIT PERMOHONAN
Bertanggungjawab menerima dan memproses pelbagai kategori permohonan berkaitan pemajuan strata. Fungsi utama merangkumi pemprosesan fail permohonan berikut:
- Sijil Formula Unit Syer (SiFUS): Permohonan SiFUS baharu serta Pindaan Sijil Formula Unit Syer (PSiFUS).
- Pindaan Syarat Nyata Tanah (PSNT): Pemprosesan permohonan pindaan syarat tanah bagi skim strata.
- Permit Ruang Udara (PPRUS): Permohonan Permit Ruang Udara bagi pembangunan berstrata.
- Pecah Bahagi Bangunan / Tanah (PPBB): Pemprosesan Pecah Bahagi Bangunan, Bangunan dan Tanah, atau Tanah.
- Pengeluaran Hakmilik Strata Berasingan (PPHSYB): Permohonan Pengeluaran Hakmilik Strata Berasingan berkenaan dengan Hakmilik Strata Sementara.
- Urusan Petak: Permohonan Memecah Petak (PMMP6) dan Penyatuan Petak (PMMP7).
- Penamatan Skim Strata (PSS): Pemprosesan urusan berkaitan penamatan skim strata.
UNIT HAKMILIK BARU
Mengendalikan pendaftaran dan pengeluaran Hakmilik Strata Baharu selepas kelulusan Pecah Bahagi Bangunan (PPBB) diperoleh.
- Pengurusan Pelan Akui Bangunan (PAB):
- Memuat turun PAB bagi Petak dan Petak Aksesori melalui Sistem JUPEM2U.
- Memuat naik PAB ke dalam Sistem e-Tanah.
- Mencetak Pelan Akui Bangunan (PAB) untuk tujuan rekod dan hakmilik.
- Pendaftaran Perbadanan Pengurusan (MC):
- Mendaftarkan nama Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) pada Hakmilik Tanah.
- Menerima dan mendaftarkan Sijil Perbadanan Pengurusan Hakmilik Strata di bawah Seksyen 17, Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 menerusi Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan (PPPP).
- Memproses Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (PPPPS).
- Pengeluaran Hakmilik Strata: Menguruskan pendaftaran, pengeluaran, pengisihan, dan penyerahan / pungutan Hakmilik Strata serta Hakmilik Tanah.
UNIT PENYELESAIAN HAKMILIK STRATA
Bertindak sebagai pusat penyelesaian isu, aduan, dan pemulihan skim strata yang bermasalah.
- Pengurusan Aduan: Menerima, merekod, dan memberikan maklum balas rasmi terhadap sebarang aduan berkaitan Hakmilik Strata.
- Program Penyelesaian Peringkat Persekutuan: Mengendalikan Program Penyelesaian Skim Strata Peringkat Persekutuan melalui Dana Tabung Khas (JKPTG).
- Penyelesaian Hakmilik Tertunggak: Melaksanakan tindakan penyelesaian bagi isu/masalah skim strata yang masih belum dikeluarkan Hakmilik Strata.
- Sesi Libat Urus & Program Bersepadu: Menganjurkan Program Bersepadu Penyelesaian Hakmilik Strata menerusi kerjasama strategik antara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pengurusan Data Skim Khusus: Mengemas kini dan menyemak data Bangunan Khas serta Skim Tiada Hakmilik Strata untuk dimasukkan ke dalam Program Penyelesaian Skim Hakmilik Strata.
Kemaskini pada 2026-11-23 11:51:29 daripada Administrator









