selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Teknologi Maklumat

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

:: DIREKTORI::

 

OBJEKTIF BTM
 

  1. Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT lengkap bagi  menyokong operasi PTGS;
  2. Memastikan Pengurusan sistem aplikasi dapat menyokong  peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan PTGS; dan  
  3. Memastikan penggunaan ICT dalam memupuk budaya kerja cemerlang kepada semua peringkat kakitangan.

 

FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengurusan Perolehan Peralatan dan Perkhidmatan ICT
  • Merancang, mengurus dan memantau perolehan serta perkhidmatan ICT melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) PTGS dan Jawatankuasa Pemantauan Projek selaras dengan pekeliling, garis panduan, arahan pentadbiran yang berkuatkuasa.
Pengurusan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
  • Merancang, mengurus, menyelenggara dan memantau pembangunan aplikasi dan sistem utama dan sokongan PTGS secara dalaman (in-house) dan secara luaran (out-source).
  • Memastikan infrastruktur dan infostruktur sentiasa relevan mengikut perkembangan teknologi semasa.
Pengurusan Rangkaian Dalaman, Keselamatan dan Infrastruktur ICT
  • Merancang, mengurus, menyelenggara dan memantau ketersediaan dan  infrastruktur rangkaian dalaman dan kawalan keselamatan ICT sentiasa pada tahap yang selamat.
  • Merancang, mengurus, menyelenggara dan memantau keberfungsian dan ketersediaan infrastruktur pusat data pada tahap yang optima.
Pengurusan Bantuan Teknikal dan Khidmat Sokongan
  • Merancang, mengurus, menyelenggara dan memantau khidmat bantuan dan sokongan teknikal ICT kepada pengguna.
  • Memastikan peralatan ICT pengguna di selenggara dengan baik mengikut keperluan

Kemaskini pada 2022-11-23 16:26:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page