BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH
UNIT TUKAR SYARAT
Menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan, Serah Balik Dan Berimilik Semula, Serah Sebahagian Tanah Dan Serah Keseluruhan Tanah bagi kelulusan MMKN atau PTGS. Menerima dan memproses semua permohonan Tukar Syarat Tanah di bawah “One Stop Centre” termasuk Tanah Rizab Melayu di Selangor.
UNIT PELUPUSAN DAN PEWARTAAN TANAH
- Menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan Pemberimilikan Secara Individu atau Berkelompok, Lanjut Tempoh Pajakan, Pindaan Keluasan, Permit Ruang Udara, Pengecualian Bayaran Cukai serta Mengubah dan Meminda Sempadan Mana-Mana Daerah, Mukim, Bandar dan Pekan.
- Menerima dan memproses semua permohonan yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan pelupusan tanah secara tender terbuka atau jualan terus di bawah Seksyen 76 KTN.
- Menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan Perizaban Tanah Kerajaan untuk tujuan kegunaan awam dan Rumah Ibadat Bukan Islam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Perizaban Tanah Orang Asli di bawah Seksyen 6 & 7 Akta Orang Asli 134.
UNIT PINDAHMILIK INDIVIDU / WARGA ASING / TANAH LADANG
Menerima dan memproses semua permohonan untuk mendapatkan kebenaran Pindahmilik Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah-tanah milik individu atau syarikat sama ada Warganegara Malaysia atau Warga Asing atau Penduduk Tetap serta pindahmilik yang melibatkan tanah ladang dan tanah hakmilik di Negeri Selangor.
UNIT PINDAHMILIK BERKELOMPOK (BLANKET CONSENT)
Menerima dan memproses semua permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah-tanah milik individu atau Syarikat kepada Pembeli Pertama, serta Permohonan Batal Ganti Nama dan Salinan Diakui Sah (CTC) (bagi tujuan perserahan) di Negeri Selangor.
UNIT PERMIT BAHAN BATUAN DAN MINERAL
Menerima dan memproses permohonan berkaitan pengeluaran Sumber Bahan Batuan dan Mineral di atas Tanah Kerajaan dan Tanah Hakmilik di bawah Peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, Kaedah Tanah Selangor 2003, Kaedah Kuari Selangor 2003, Enakmen Mineral (Selangor) 2000 dan Peraturan-Peraturan Mineral 2007 dan pengumpulan data-data berkaitan Sumber Bahan Batuan dan Mineral. Bertanggungjawab menyediakan dasar-dasar yang mampan bagi mengurus Sumber Bahan Batuan dan Mineral secara optima dengan amalan pengurusan terbaik serta merintis kepada peningkatan hasil Negeri.
UNIT PAJAKAN TANAH RIZAB DAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)
Menerima dan memproses semua permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 KTN.
Selain itu, unit ini menerima dan memproses semua permohonan pajakan tanah Rizab Kerajaan di bawah Seksyen 63 KTN yang diterima daripada pemohon.
Kemaskini pada 2026-11-24 11:07:10 daripada Training Admin









