BAHAGIAN PERUNDANGAN
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan perundangan yang profesional, adil, efisien dan mengikut lunas Perlembagaan dan undang-undang
FUNGSI
Penasihat
- Memberi pandangan perundangan berhubung hal ehwal tanah kepada Jabatan dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
- Menyemak perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh Jabatan
- Menyemak dan mengendalikan kertas siasatan yang melibatkan kesalahan dibawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Enakmen Mineral (Selangor) 2000.
Penggubalan Undang-Undang
- Menyediakan draf kaedah bagi cadangan kaedah baru /pindaan di bawah Selangor Land Rules 2003, Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Selangor) 1987 dan Kaedah-Kaedah Kuari 2003
- Menyediakan draf rang undang-undang bagi cadangan undang-undang baru / pindaan berkaitan tanah di bawah Enakmen Rizab Melayu (Selangor)dan Enakmen Mineral 2000
- Merangka cadangan pindaan oleh Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah bagi Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985
Pengendalian Kes-kes Sivil
- Mengendalikan kes-kes sivil bagi pihak Pengarah Tanah dan Galian Selangor / Pentadbir Tanah Daerah / Kerajaan Negeri Selangor
Sokongan
- Permohonan Pengesahan Status Bumiputera (Individu) Bagi Tujuan Membeli Hartanah Di Bawah Kuota Bumiputera Di Negeri Selangor
- Pengesahan status 'Melayu' (syarikat/individu) di bawah seksyen 20 Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
- Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Kedua, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
- Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Ketiga, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
- Permohonan perwataan rizab awam di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara
- Permohonan Pembatalan pewartaan rizab awam di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara
- Permohonan pewartaan tanah rizab Melayu / batal ganti tanah rizab Melayu
- Permohonan Warta Jawatan Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Selangor / Pejabat Daerah dan Tanah / Jabatan Geosains dan Mineral
Kemaskini pada 2026-10-28 17:34:24 daripada Administrator








