BAHAGIAN PEMATUHAN DAN PENGUATKUASAAN
UNIT TANAH
- Menyediakan Kertas ringkasan untuk diangkat ke MTES/MMKN atau lain jawatankuasa mesyuarat yang berkaitan
- Bertanggungjawab di dalam menyediakan dasar bagi pelaksanaan Program Pematuhan Syarat dan Dasar berhubung Kilang Tanpa Kebenaran (KTK)
- Bertanggungjawab di dalam penyelarasan tindakan Program Pemutihan Kg Bagan
- Bertanggungjawab di dalam menyediakan dasar bagi pelaksanaan PKST bagi tujuan kediaman/ bangunan
- Menyediakan lain-lain ulasan kepada Agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Perunding
- Melaksanakan Pemantauan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM)
- Menganjurkan dan menghadiri Kursus/ bengkel/seminar/ townhall berkala berkaitan bidang kerja Unit Tanah
- Menganjurkan dan menghadiri mesyuarat berkala berkaitan bidang kerja Unit Tanah
- Maklumbalas berhubung aduan awam
UNIT PENGAMBILAN
- Mengadakan Naziran ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta memberi maklumbalas bagi aduan oleh orang awam.
- Menyelaras Permohonan pengambilan tanah bagi mendapatkan kelulusan PBN di bawah Seksyen 3 APT 1960
- Menganjurkan Jawatankuasa khas pengambilan balik tanah di bawah seksyen 3(1) (b)dan(c) APT 1960 sebelum diangkat ke MMKN
- Menganjurkan Jawatankuasa Pematuhan Pengambilan Tanah Selangor (JPPT Selangor) bagi memudahkan urusan permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) APT 1960
- Mendapatkan Kelulusan PBN bagi notis permulaan (seksyen 4) serta pengisyhtiharan keperluan pengambilan tanah (Seksyen 8, APT 1960) dan permohonan rayuan rampasan (Akta Bekalan Elektrik 1990)
- Menyelaras Permohonan penarikan pengambilan balik tanah (seksyen 35, APT 1960)
- Mengurus pewartaan (gazette) bagi kelulusan atau penarikan pengambilan balik tanah.
- Menganjurkan dan menghadiri Kursus/seminar/bengkel berkaitan pengambilan balik tanah kepada pentadbir tanah.
- Menyelaras Kertas ringkasan untuk diangkat ke MTES/MMKN atau lain jawatankuasa mesyuarat yang berkaitan.
FUNGSI SEKSYEN PENGUATKUASAAN
UNIT PENGUATKUASAAN
- Melaksanakan dasar berkaitan dengan pematuhan penggunaan tanah mengikut kategori dan syarat nyata tanah dalam hakmilik di bawah seksyen 127-130 KTN
- Melaksanakan Penguatkuasaan menurut peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara 1965
- Melaksanakan Operasi-operasi penguatkuasaan dan pemantauan secara bersendirian atau bersepadu mengikut Seksyen 426 KTN (Akta 828)
- Membuat Risikan / siasatan / serbuan / tangkapan / rampasan ke atas tempat-tempat yang disyaki berlaku aktiviti pengeluaran pasir atau apa-apa bahan batuan secara tidak sah atau pencerobohan Tanah Kerajaan
- Melaksanakan Penguatkuasaan terhadap kilang-kilang atau tanah-tanah yang tidak mematuhi syarat-syarat nyata tanah yang ditetapkan
- Penyediaan Kertas Siasatan
- Melaksanakan Penguatkuasaan di bawah Enakmen Mineral Selangor (2000) dan Peraturan Mineral 2007
- Menyediakan Kertas ringkasan untuk diangkat ke MTES/MMKN atau lain jawatankuasa mesyuarat yang berkaitan
- Melaksanakan Pengurusan dan penyelenggaraan stor barangan rampasan di seksyen 24 Shah Alam
- Melaksanakan Dasar berkaitan seksyen 127-130 KTN dan membantu dalam pelaksanaan bersama daerah
- Menyediakan lain-lain ulasan kepada Agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Perunding
- Membantu lain-lain agensi penguatkuasaan dalam menguatkuasakan undang-undang sediaada
- Melaksanakan Prosedur penguatkuasaan yang standard berkaitan pemindahan bahan batuan dan mineral kepada semua pentadbir tanah
Menganjurkan dan menghadiri Kursus/ bengkel/seminar/ townhall berkala berkaitan bidang kerja Unit Penguatkuasaan
Kemaskini pada 2026-11-23 10:58:51 daripada Administrator









