Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
     PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Album 2018

Albums

Sekitar perjumpaan perpisahan Pengarah PTGS, YBhg. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersama pihak pengurusan PTGS pada 4 Januari 2018. YBhg. Dato' telah bertukar sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 2 Januari 2018. Seluruh warga kerja PTGS merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas segala sumbangan dan tunjuk ajar Y.Bhg Dato' sepanjang menerajui Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Kalau Tidak Kerana Unggas, Tidaklah Rosak Padi Di Sawah, Kalaulah Tidak Kerana Tugas, Tidaklah Kita Akan Berpisah. Gunung Bintan Lekuk Ditengah, Sayang Penyengat Kubunya Tiga, Hancur Badan Dikandung Tanah, Budi Ku Sanjung Ku Ingat Jua.
Sekitar gambar Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah Dan Sumber Alam Bil.1/2018 yang dipengerusikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dato' SUK Selangor, Pegawai-Pegawai Daerah Selangor, dan ahli jawatankuasa yang lain. Mesyuarat diadakan di Ibu Pejabat PKNS Selangor.
Gambar sekitar Mesyuarat Pengarah PTGS Bersama Pentadbir Tanah Negeri Selangor Bil.1/2018 yang dipengerusikan oleh Pengarah PTGS yang baharu, YBhg. Dato' Zul-Kefli@Zulkefli bin Khalid. Mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan SUK Shah Alam.
Sekitar gambar ziarah Pengarah PTGS dan kakitangan ke rumah keluarga salah seorang warga kerja PTGS yang telah meninggal dunia iaitu Almarhumah Pn. Norhazyanti binti Mat Isa (warga kerja Bahagian Pembangunan Tanah) Semoga roh almarhumah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH.
Sekitar gambar Perhimpunan Bulanan PTGS Bil.1/2018 yang dihoskan oleh Bahagian Korporat, Task Force dan Penyelidikan, dan Bahagian Perundangan. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Annex, Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor. Perhimpunan ini dihadiri oleh Pengarah PTGS, Dato' Haji Zul-Kefli@Zulkefli bin Khalid dan dua Timbalan Pengarah PTGS serta warga kerja PTGS.
Sekitar gambar Mesyuarat Tanah-Tanah Rizab Orang Asli Bil.1/2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan dihadiri oleh EXCO Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Y.B. Elizabeth Wong, Pengarah JAKOA, dan wakil-wakil Pegawai Daerah JAKOA.
Sekitar gambar lawatan sambil belajar PTG Perak ke PTGS pada 28 Februari 2018. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui hal ehwal tanah di Negeri Selangor. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kedua-dua belah pihak dan sesi fotografi.
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEMPADAN ANTARA NEGERI SELANGOR DAN NEGERI PAHANG Mengikut sejarahnya, penandaan dan pengukuran sempadan Negeri antara Selangor dan Pahang adalah berdasarkan surat pertukaran surat menyurat di antara kedua-dua Setiausaha Residen Selangor dan Pahang antara tahun 1927-1929 dan Warta Persekutuan no 11 No 3199 pada 14 Januari 1911 berasaskan kepada kedudukan Legeh Utama. Pada 9 Mac 2018 yang lalu, hampir 11 dekad (107 tahun) Negeri Selangor dan Pahang telah memuktamadkan perjanjian sempadan ini dengan Jarak keseluruhan jajaran sempadan Selangor - Pahang sepanjang 99.5 km di mana kedua-dua Negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Sempadan dengan menerima hasil ukuran tersebut. MoU dan Perjanjian Sempadan ini telah ditandatangani oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali dan Y.A.B. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob di Concorde Hotel, Shah Alam. Majlis ini disaksikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd. Amin bin Ahmad Ahya dan Y.B. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail Kedua-dua Kerajaan Negeri komited didalam memastikan pemeteraian MOU dan Perjanjian Sempadan Negeri Selangor dan Pahang. MoU dan Perjanjian tersebut adalah tanda hubungan harmoni antara kerajaan Selangor dan Pahang yang bertangungjawab menyelesaikan sebarang isu untuk kepentingan bersama.
Sekitar sesi penilaian Anugerah Perkhidmatan Pejabat Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor oleh Auditor yang terdiri dari pegawai-pegawai SUK Selangor yang diadakan pada 28 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang 2, PTGS.
Majlis diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan tugasan Penolong Pegawai Tanah. Perbincangan yang berbangkit adalah mengenai undang-undang tanah yang boleh ditambahbaik di peringkat Penolong Pegawai Tanah di semua Pejabat Tanah/Daerah Selangor dan PTGS. Input secara interaktif daripada kedua-dua pihak akan dianalisa dan digunapakai bagi tujuan penambahbaikan proses kerja urusan Pentadbiran Tanah terutama dari aspek perundangan. Beberapa perkara berbangkit akan disusuli dengan bengkel dan perbincangan lanjutan seiring dengan mendokong hasrat Kerajaan Negeri yang tuntas membangun bangsa dan memakmur negeri. Segala usaha digembleng bersama agar Pentadbiran Tanah terus dapat diurus tadbir dengan cemerlang dan holistik.
Sekitar gambar Mesyuarat Pengarah PTGS Bersama Pentadbir Tanah Negeri Selangor Bil.2/2018 yang dipengerusikan oleh Pengarah PTGS, YBhg. Dato' Zul-Kefli@Zulkefli bin Khalid.
Sekitar gambar Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Risiko PTGS yang diadakan di Hotel Aliya, Klang. pada 3-5 Mei 2018. Bengkel turut dihadiri oleh Pengarah PTGS dan Timbalan Pengarah (Pendaftaran) PTGS.
Pada 15 Mei 2018, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan PTGS Bil.2/2018 dan Sambutan Hari Inovasi PTGS yang dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor beserta Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pendaftaran. Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang Hari Inovasi PTGS. Antaranya ialah Pertandingan Teka Silangkata Inovasi, Pertandingan Mencipta Logo Inovasi dan lain-lain. Sekalung tahniah pada para pemenang dan penghargaan kepada warga kerja PTGS yang menyertai Hari Inovasi PTGS.
Pada 17 Mei yang lalu, PTGS telah menerima pelawat dari Jabatan Kastam DIraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Pelbagai isu yang dibincangkan antara dua belah pihak mengenai isu hal ehwal tanah. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerja antara PTGS dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pada 22 hingga 24 Mei 2018 yang lalu, Pasukan Audit Dalaman PTGS telah melaksanakan tugasan audit tanah di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Skop pengauditan adalah ke atas pengurusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) menurut Seksyen 65 Kanun Tanah Negara (KTN). Pasukan audit adalah terdiri daripada Ketua Audit Dalaman, Pn Azlinawaty Binti Ahmad Bahar, juruaudit-juruaudit yang dilantik dan urusetia.
Sekitar gambar Program Santai Sahur PTGS 2018 yang diadakan pada 29 Mei 2018 bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja PTGS berkumpul seawal pukul 3 pagi untuk mengedarkan pek-pek makanan sahur kepada kakitangan Hospital HTAR. Sekalung tahniah diucapkan kepada para sukarelawan yang sanggup berjaga seawal pagi untuk menjayakan program ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Ilahi.
Sekitar gambar Majlis Khatam Al-Quran dan Ihya' Ramadhan PTGS yang telah berlangsung pada 7 Jun 2018.
Pada 5 Julai 2018 yang lalu, PTGS melalui Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah, dan Teknikal telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 serentak bersama Majlis Sambutan Hari Raya. Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Amiruddin Shari dan tetamu-tetamu VIP yang lain turut hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya PTGS pada kali ini. Di samping pelbagai juadah raya disediakan, para tetamu turut dihiburkan dengan video sketsa raya oleh warga kerja PTGS dan tarian oleh Kelab Kebudayaan PTGS.
Pada 11 dan 12 Julai 2018 yang lalu, Pasukan Audit Dalaman PTGS telah melaksanakan tugasan audit tanah di Pejabat Daerah/Tanah Gombak. Skop pengauditan adalah ke atas pengurusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) menurut Seksyen 65 Kanun Tanah Negara (KTN).
Sekitar gambar lawatan sambil belajar PTG Negeri Sembilan ke PTGS pada 16 Julai 2018. Delegasi PTG Negeri Sembilan diwakili oleh Pengarah Tanah dan Negeri, YBhg. Dato' Zulkifli Bin Baharan dan pengurusan tertinggi serta para pegawai dan warga kerja PTG Negeri Sembilan. Delegasi PTG Negeri Sembilan disambut oleh Pengarah PTGS, YBhg. Dato' Zul-Kefli@Zulkefli Bin Khalid dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) serta para pegawai dan warga kerja PTGS. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui hal ehwal tanah semasa di Negeri Selangor. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kedua-dua belah pihak dan sesi fotografi.
Pada 18-20 Julai 2018 yang lalu, PTGS melalui Bahagian Korporat, Audit Pengurusan Tanah & Inovasi telah menganjurkan Bengkel Persediaan Pengurusan MS ISO 9001 : 2015. Bengkel yang berlangsung di Hotel Aliya, Klang ini juga turut dihadiri oleh Pengarah PTGS beserta dua Timbalan Pengarah. PTGS komited untuk memperolehi Sijil Pengurusan MS ISO 9001 : 2015.
Sekitar gambar Majlis Perasmian Sistem e-Charting yang telah diadakan di Dewan Pejabat Tanah Dan Daerah Gombak, Kompleks Pegawai Daerah pada 6 Ogos 2018. Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Amin Bin Ahmad Ahya telah berbesar hati merasmikan Sistem e-Charting pada majlis ini. Sistem e-Charting ini diwujudkan bertujuan bagi mentransformasikan maklumat dalam lito-syit sedia ada ke dalam sistem pendigitalan lot-lot tanah berkomputer sejajar dengan dasar-dasar 'Smart Selangor' yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Objektif sistem ini mensasarkan pengurangan kes pertindihan tanah yang mengakibatkan kerugian kepada Pihak Berkuasa Negeri. Sistem e-Charting juga dapat menyimpan maklumat tanah dengan lebih sistematk dan berpusat. Disamping itu juga, sebarang permohonan yang melibatkan 'charting' di Pejabat Daerah akan lebih teratur dan jelas. Pembangunan sistem ini bermula pada Oktober 2015 dan Pejabat Daerah / Tanah Gombak telah dijadikan perintis bagi pembangunan sistem ini. Ianya telah mula digunakan secara rasmi di Pejabat Daerah / Tanah Gombak bermula pada 1 April 2016. Untuk perancangan seterusnya, Pejabat Tanah dan Galian Selangor akan mengorak langkah untuk memperluaskan Sistem e-Charting di seluruh Pejabat-pejabat Daerah / Tanah dalam Negeri Selangor secara berfasa bermula pada tahun 2017 hingga 2018. Semoga Sistem e-Charting ini akan menjadi kemudahan bagi semua kakitangan Pejabat Tanah di Negeri Selangor sekaligus meningkatkan keberkesanan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi tahap kepuasan dan kehendak pelanggan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada kontinjen Pejabat Tanah dan Galian Selangor kerana telah berjaya menyertai Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Merdeka ke-61 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 dengan tema ' Sayangi Malaysiaku ' pada ambang 31 Ogos 2018.
Sekalung tahniah kepada Cik Nurain binti Muhamad Radzi, Penolong Pengarah di Bahagian Pendaftaran Hakmilik, PTGS yang telah berjaya mendaki 2 gunung di negara Matahari Terbit (Jepun). Sedikit perkongsian coretan perjalanan beliau :- - Menakluki Gunung Tenjo dengan ketinggian 1075m dari aras dasar laut pada pukul 13.08 tengahari pada 21 Ogos 2018 dengan permulaan pendakian pada pukul 8.00 pagi. - Meneruskan perjalanan ke Gunung Fuji dengan ketinggian 3776m yang merupakan gunung ke 35 dari 100 gunung tertinggi di dunia dan berjaya menakluki puncak gunung pada pukul 4.00 pagi dan selamat turun pada jam 7.08 malam 22 Ogos 2018 dlm masa 24 jam pendakian tanpa tidur. Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada semua.
Sekitar Majlis Konvensyen Inovasi PTGS 2018 yang telah berlangsung pada 6 September 2018 di Ballroom, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung selama satu hari dan disertai oleh beberapa Pejabat Daerah yang antaranya :- Pejabat Tanah dan Dearah Kuala Langat - Projek e-Semak Pejabat Tanah dan Daerah Sepang - Projek Online Customer Service (OCS) (Permohonan Kebenaran Pindahmilik Dan Gadaian) Pejabat Tanah dan Daerah Klang - Projek Smart Road BQ Pejabat Tanah dan Galian Selangor - Projek Smart Docket Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam - Projek e-S3P Pejabat Tanah dan Daerah Gombak - Projek Sistem Starlert (Sistem Pemakluman Status Keputusan Permohonan) Pejabat Tanah dan Daerah Klang - Projek Sistem e- Checking Pejabat Tanah dan Daerah Petaling - Projek Smart Strong Room System Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat - Projek Kaunter Pendaftaran Peduli Perkhidmatan Tahniah kepada semua pemenang dan moga bejumpa lagi di Konvensyen akan datang.
Pada 27 Ogos 2018, telah diadakan satu Program Lawatan Tapak Bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan Negeri Selangor - Negeri Sembilan yang di sertai oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Sepang dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 1.30 petang. Lawatan tapak ini diadakan bagi memberi gambaran sebenar berkaitan kerja-kerja ukur yang telah dilakukan oleh pihak JUPEM selain daripada gambaran sebenar sempadan negeri yang terlibat. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama kedua-dua Timbalan PTGS turun padang bagi melihat sendiri batu tanda sempadan yang telah ditanam pihak JUPEM walaupun terpaksa meredah hutan paya bakau yang berselut. Program diakhiri dengan menyusuri Sungai Sepang Besar bagi melihat secara keseluruhan kawasan yang terlibat dengan pengukuran yang dilakukan pihak JUPEM menaiki bot yang disediakan pihak urusetia.
MAJLIS PELANCARAN SISTEM SMART DOCKET NEGERI SELANGOR 2018 Pada 19 September 2018 bertempat di Dewan Shah Alam 1, SACC Shah Alam telah berlangsungnya satu Majlis Pelancaran Sistem Smart Docket yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Sistem Smart Docket ini merupakan Sistem pemantauan pengeluaran bahan batuan secara real-time. Selain itu sistem ini juga merupakan pemantauan bagi maklumat kelulusan permit yang diluluskan, pemantauan bagi permit yang tamat tempoh dan bagi menjana laporan kutipan royalty. Projek perintis bagi sistem ini telah dilaksanakan pada 7 September 2017 di tiga (3) tapak pengeluaran iaitu : a) Hybrid Off River Augmentation System (HORAS), Bestari Jaya, Kuala Selangor; b) Kajang Rock, Semenyih, Kajang; dan c) Hanson Quarry, Rawang. Selain bagi meningkatkan kecekapan kawalan dan pemantauan pengeluaran setiap operator pengeluaran secara real time, objektif pelancaran Sistem Smart Docket ini juga adalah bagi memudahkan pemantauan permohonan dan pembaharuan permit bahan batuan serta memperkasa penguatkuasaan melalui Teknologi Aplikasi Telefon Pintar. Impak yang besar dapat dilihat adalah pemantauan data pengeluaran bahan batuan secara real time, yang pada masa yang sama dapat mengurangkan ketirisan hasil negeri. Ia juga memudahkan penguatkuasaan dengan adanya sumber data yang dapat diakses dengan cepat, tepat dan berintegriti. Semoga Sistem Smart Docket ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua khususnya Negeri Selangor.
Sekitar gambar Bengkel Audit Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 : 2015 PTGS yang diadakan pada 20 -22 September 2018 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.
Sekalung tahniah kepada Kumpulan Mastery Land yang telah mewakili PTGS ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 pada 25 - 27 September 2018 dengan membawa Projek : Sistem Smart Docket.
Sekitar gambar Program Taklimat Kesedaran ICT Tahun 2018 yang telah diadakan pada 3 Oktober 2018 di Dewan Annex, SUK Selangor. Tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat, PTGS atas penganjuran program yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan tentang isu-isu terkini keselamatan ICT kepada semua yang hadir.
Satu lawatan Sesi Percambahan Ilmu yang telah berlangsung pada 3 Oktober 2018 bagi tujuan Pemantapan Penyediaan Kertas Siasatan diantara PTG Negeri Pahang dan PTG Negeri Selangor.
Pada 08 Oktober 2018 PTGS telah menerima lawatan dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian Wilayah Persekutuan bagi sesi perkongsian maklumat tentang pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Selangor. Sesi lawatan ini turut membincangkan mengenai kekangan pelaksanaan Cukai Petak, cara-cara pengiraan Cukai Petak bagi kategori-kategori bangunan strata yang berbeza. Semoga perkongsian dan kerjasama ini dapat dimanfaatkan bersama.
Pada 15 Oktober 2018, PTGS telah menerima lawatan daripada Pejabat Pengarah Tanah Galian Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lawatan ini berfokus mengenai sistem Pendaftaran Hakmilik Strata Berkomputer (E-Strata) dan Pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Selangor. Sesi Pembentangan telah dibentangkan oleh En. Khairul Azhar bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Hakmilik Strata. Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Yusry Bin Zakariah, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan PTGS. Sesi simulasi disampaikan oleh Puan Fara Mazwina Binti Ahmad Farok dari Bahagian Teknologi Maklumat, PTGS. Semoga ukhwah dan sesi perkongsian ilmu ini bermanfaat kepada semua.
Satu sesi Lawatan Penanda Aras Dan Sesi Perkongsian Maklumat diantara PTGS bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah diadakan pada 24 Oktober 2018.
Sekitar gambar Bengkel Pembangunan Pelan Strategik ICT (ISP) 2019 - 2023 yang telah berlangsung pada 18 - 20 Oktober 2018 di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang.
Sekitar gambar lawatan PTG Negeri Selangor ke PTG Negeri Pahang bagi sesi perkongsian ilmu berkaitan :- 1. Sistem Emineral Pahang (EMP) yang mana di Negeri Pahang terdapat 170 Tenemen Pajakan Melombong Tuan Punya dan Sistem ini dibangunkan pada tahun 2016 dan kini diperingkat Fasa 2. 2. Pembentangan SOP Penguatkuasaan Mineral di Negeri Pahang. Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Pada 14 November 2018 yang lalu, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Apresiasi Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi edisi 2018. Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang-orang kenamaan dan para peserta. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang terutamanya kepada wakil-wakil pejabat tanah iaitu Mastery Land dari PTGS, Wizurai dari Pejabat Daerah/Tanah Sepang, Team PLB dari Pejabat Daerah/Tanah Klang dan Petaling Vengers dari Pejabat Daerah/Tanah Petaling.
0 Disember 2018 (Khamis) - MAJLIS PELANCARAN PEMBAYARAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK NEGERI SELANGOR DI MESIN LAYAN DIRI (KIOSK) MPSJ Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini telah melancarkan pembayaran cukai tanah dan cukai petak di mesin layan diri (kiosk) MPSJ. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Selangor, Y.Bhg. Dato’ Zul-kefli Bin Khalid dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya, YDH. TPr. Hajah Noraini Binti Haji Roslan di Ruang Legar, Majlis Perbandaran Subang Jaya. PTGS sangat berbesar hati di atas kesudian MPSJ untuk menjadikan PTGS sebagai rakan sinergi dalam memperkukuhkan perkhidmatan kepada orang awam dengan mempelbagaikan saluran pembayaran cukai. Hasil kerjasama ini dapat dilihat apabila pembayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor boleh dibayar melalui mesin layan diri MPSJ mulai 23 November 2018. Inisiatif ini terhasil daripada integrasi system menggunakan kaedah Application Programming Interface (API) untuk menyemak dan mengesahkan nombor akaun, memaparkan status sekatan diatas hakmilik dan jumlah bayaran cukai secara masa nyata (real-time) dengan Sistem Kutipan Hasil Tanah dan Strata Selangor yang baharu iaitu Sistem eHasil. Selain pembayaran di mesin layan diri MPSJ ini, PTGS juga telah menyediakan pelbagai saluran untuk orang awam membuat semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak bagi negeri Selangor iaitu: - 1. Pembayaran di kaunter PTGS dan semua kaunter Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) negeri Selangor secara bayaran tunai, kad debit, kad kredit dan bank draf; 2. Pembayaran secara atas talian (online payment) di portal eHasil dengan melayari pautan https://ehasil.selangor.gov.my di mana pembayaran boleh dibuat melalui Financial Proses Exchange (FPX); 3. Semakan cukai juga boleh dibuat melalui perkhidmatan SMS – 15888; 4. Pembayaran di semua kaunter Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor melalui tunai. 5. Pembayaran melalui perbankkan internet di tujuh bank iaitu CIMB, M2U, MBF Cards, Ambank, BIMB, RHB dan HSBC. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam khususnya kepada rakyat negeri Selangor bagi menyokong gagasan Smart Selangor.

Photos

No Photos is Available.
eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor