Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
     PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Album 2017

Albums

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal Penandaan Dan Pengukuran Sempadan Bersama Antara Negeri Selangor dan Negeri Perak Bil. 1 Tahun 2017 yang diadakan pada 6 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang 1, PTGS.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah PTGS, Tuan Ahmad Suadi bin Abdul Rahim dan turut dihadiri oleh Pengarah JUPEM Negeri Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam dan wakil-wakil pegawai dari SUK Selangor.
Pada 10 Mac 2017 (Jumaat) yang lalu, PTGS telah mengadakan Sesi Santai 60 Minit Pengarah Bersama Warga Kerja PTGS. 
Antara pengisian program adalah bacaan Yasin yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan), Tuan Najmuddin bin Jemain.
Selepas itu diadakan sesi dialog santai antara Pengarah PTGS dengan warga kerja.
Pada 6 Mac 2017 (Isnin) telah berlangsungnya Mesyuarat Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bersama Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Selangor Bil.1/2017. Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Gerakan MTES Bangunan SSAAS.
Pada 28 Februari 2017, PTGS telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2017 yang dihoskan oleh Bahagian Pembangunan Dan Kemajuan Tanah yang bertempat di Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Selangor, Tuan Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta para pegawai dan warga kerja PTGS.
Majlis turut meraikan bekas warga PTGS yang telah bertukar dan kini berkhidmat di jabatan lain serta meraikan 1 tahun Tuan Ahmad Suaidi berkhidmat di PTGS.
Sekitar penglibatan kontigen PTGS dalam Acara Pingpong Sukan PETANDA 2017 yang diadakan di Kuala Selangor.
Pada 16 Januari 2017 yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Membincangkan Halatuju Pentadbiran Tanah Bersama Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dan Pentadbir Tanah Daerah Negeri Selangor.
Sekitar Perbincangan Bagi Kajian Penambahbaikan Pengambilan Tanah Untuk Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier MADA (Kedah/Perlis).
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (Pengurusan), Tuan Najmuddin Bin Jemain bersama para pegawai dari Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU).
Pada 5 Januari 2017, PTGS telah dikunjungi oleh para pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Lawatan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengetahui mengenai Kedudukan Tanah Rizab Melayu menurut peruntukan undang-undang dan isu-isu yang berkaitan. 
Penolong Pegawai Tanah PTGS, En Badrul Azmi menjadi 'mentor' dan sudi berkongsi ilmu kepada para pelajar sepanjang lawatan mereka ke PTGS.
Pada 14 hingga 15 Mac 2017 yang lalu, PTGS dengan kerjasama Kelab Kebajikan Dan Sukan PTGS telah menganjurkan Seminar Smart Strata 2017 bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Seminar ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Y.B Dato' Iskandar Bin Abdul Samad dan turut dihadiri oleh Pengarah Tanah Dan Galian Selangor, Tuan Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim serta Timbalan Pengarah PTGS dan tetamu-tetamu VIP yang lain.

Penyertaan seminar kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada peserta-peserta seminar. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang seminar ini berlangsung. Syabas dan tahniah juga kepada semua pihak urusetia kerana bertungkus lumus dalam memastikan seminar ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Terima kasih.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua Kontigen PTGS kerana menjadi JUARA KESELURUHAN Sukan Antara Pejabat Tanah Dan Galian Se-Malaysia (SUKAP) bagi edisi 2017 !

Berikut merupakan keputusan yang diperoleh :

1. Bola Jaring - JUARA
2. Bowling - JUARA
3. Badminton - NAIB JUARA
4. Sepak Takraw - NAIB JUARA
5. Bola Sepak - Tempat Ke-3

ACARA JEMPUTAN :

1. Tarik Tali - JUARA
2. Golf individu - JUARA
3. Golf Berpasukan - Tempat Ke-3

Untuk makluman, Kontigen PTGS terdiri daripada gabungan atlet Pejabat Tanah/Daerah Negeri Selangor dan warga kerja PTGS sendiri. Acara yang diadakan pertama kali ini dihoskan oleh PTG Perak.

Terima kasih kepada semua atlet PTGS kerana mengharumkan nama PTGS dan Negeri Selangor. Terima kasih PTG Perak kerana memberikan layanan yang baik kepada semua Kontigen PTGS. Jumpa lagi di #SUKAP yang akan datang.
Pada 9 Ogos 2017, PTGS telah menerima lawatan kerja dari delegasi Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak. Sesi perbincangan lawatan tersebut diadakan di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SUK Selangor. Objektif lawatan tersebut adalah untuk berkongsi maklumat mengenai pemberimilikan dan pembangunan tanah-tanah perladangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Selain itu perbandingan Premium dan Cukai Tanah yang dikenakan di Semenanjung Malaysia dan Sabah dengan Negeri Sarawak dan ingin mendapatkan pendedahan mengenai undang-undang yang digunapakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah berkaitan tanah perladangan. Sesi perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam diakhiri dengan sesi bertukar cenderahati dan mengambil gambar sebagai tanda kenangan.
Sekitar gambar Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu yang dipengerusikan oleh Tuan Yusri Bin Zakariah, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) pada 18 Ogos 2017.
Pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) yang lalu, PTGS telah mengadakan Sesi Santai 60 Minit Pengarah Bersama Warga Kerja PTGS buat kali ke-2 dalam tahun 2017. Antara pengisian program adalah bacaan Yasin yang dipimpin oleh En. Hanafi Bin Sapuan dan sesi dialog antara Pengarah dan warga kerja PTGS. Semoga program sebegini akan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja.
Rangkuman gambar Kontigen PTGS menyertai Pertandingan Perbarisan dan Kawad Kaki sempena menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-60 Peringkat Negeri Selangor. Pengarah PTGS, Tuan Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut sudi 'turun padang' bagi menyokong Team PTGS. Walaupun tidak memenangi pertandingan, semangat dan kerjasama berpasukan Team PTGS amat membanggakan. LOST THE GAME BUT WON OUR HEARTS. SYABAS TEAM PTGS !
Bengkel ini diadakan pada 6 hingga 8 September 2017 yang melibatkan pegawai-pegawai PTGS dan sembilan (9) buah Pejabat Tanah dan Daerah Negeri. Cadangan Pindaan Kaedah Tanah Selangor (KTS) ini dibuat kerana pindaan terakhir bagi Kaedah Tanah Selangor adalah pada tahun 2003 dan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menyemak semula kadar dan kaedah tanah yang baru seiring dengan perubahan pembangunan semasa yang semakin pesat dengan kewujudan jenis-jenis pembangunan baru. Matlamat utama pelaksanaan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak dan meminda KTS agar dapat diselaraskan dengan perkembangan dan arahan semasa. Penglibatan seramai 58 orang pegawai dan kakitangan PTGS serta daerah membincangkan topik yang telah diagihkan meliputi kesemua kaedah-kaedah yang terkandung di dalam KTS seperti pembangunan bercampur selain daripada penambahbaikan prosedur permohonan tanah sedia ada seperti pajakan, pelanjutan tempoh pajakan, pelupusan secara tender dan sebagainya.
Satu Bengkel Dasar Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Di Peringkat Pentadbiran Negeri Selangor telah diadakan selama tiga (3) hari dengan penglibatan pegawai-pegawai PTGS dan sembilan (9) buah Pejabat Tanah dan Daerah Negeri. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu konsep pembangunan baharu yang sedang berkembang pesat di Malaysia dengan konsep pembangunan rel serta ditambah baik dengan kemudahan pembangunan lain seperti hub komuniti iaitu kediaman, SOHO, SOVO dan elemen lain seperti komersil dan rekreasi. Bengkel ini merupakan satu platform untuk mewujudkan satu dasar khas dan membincangkan isu-isu berkaitan permohonan pembangunan bercampur seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) terutamanya keperluan untuk mewujudkan kategori dan syarat nyata tanah yang baru di Negeri Selangor dan permohonan hakmilik strata bagi pembangunan tersebut. Dasar ini amat perlu dalam menyelesaikan permohonan-permohonan pembangunan berkaitan yang sedia ada di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah dan digunapakai selepas ini sebagai persediaan untuk menghadapi pembangunan masa hadapan yang lebih moden dan lestari.
Sekitar gambar Pasukan Audit Dalaman PTGS melaksanakan tugasan audit tanah di Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat pada 12-14 September 2017
Lawatan kerja Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam di Rancangan Tanah Belia 2 Parit 17 Sungai Panjang, Sabak Bernam. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kerja pengukuran tanah untuk penempatan pemilik-pemilik tanah ke atas rancangan tanah berkelompok. Kerja-kerja pengukuran ini melibatkan PTD Sabak Bernam dengan kerjasama PTGS. Felcra adalah sebagai penyelenggara tanah melalui pemulihan dan pengusaha tanah dengan tanaman kelapa sawit.
Pada 4 Oktober 2017 bertempat di Ballroom Dewan Jubli Perak SUK Selangor telah diadakan Perjumpaan Pengarah PTGS bersama Penghantar Notis PTGS dan Pejabat Tanah/Daerah Selangor.
Sekitar Majlis Perpisahan Tuan Najmuddin Bin Jemain (Timbalan Pengarah (Pengurusan). Untuk makluman, Tuan Najmuddin kini berkhidmat di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebagai Setiausaha MPKj. Selamat maju jaya diucapkan dan ribuan terima kasih atas khidmat dan nasihat sepanjang bekerja di PTGS. Hati sayu merenung malam Cengkerik dan unggas meneman diri Bertemu berpisah lumrah alam Pasti jadi suatu memori Kalau ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi
Sekitar gambar Hari Bertemu Pelanggan peringkat Daerah Klang yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah/Daerah Klang pada 27 Oktober 2017 yang lalu. Program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada orang awam yang mengunjungi booth PTGS.
Sekitar gambar Majlis Penutup Sukan PETANDA Edisi 2017 yang diadakan di Dewan Jubli Perak pada 24 November 2017. Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya dan turut dihadiri oleh Pengarah PTGS serta tetamu-tetamu VIP yang lain. Sekalung tahniah dan syabas kepada Pejabat Tanah/Daerah Kuala Langat merupakan juara keseluruhan bagi Sukan Petanda bagi edisi kali ini. Bagi edisi seterusnya tuan rumah akan dihoskan oleh Pejabat Tanah/Daerah Kuala Langat pada tahun 2019. Tahniah kepada semua Pejabat Tanah/Daerah dan PTGS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang Sukan Petanda ini diadakan. Semoga temasya kali ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jumpa lagi pada Sukan PETANDA Edisi 2019 !
Sekitar gambar Sukan Antara Pejabat Tanah Dan Galian Se-Malaysia yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami.

Photos

No Photos is Available.
eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor