Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
     PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Album 2020

Albums

Persidangan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor Bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang telah diadakan pada 28, 29 Februari hingga 1 Mac 2020 bertempat di The Pines Hotel, Melaka. Seramai 102 orang peserta yang terdiri daripada PTGS, kesemua 9 Pejabat Tanah dan Daerah dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor telah menghadiri Persidangan ini.

Persidangan ini telah membincangkan berkenaan kes-kes mahkamah yang melibatkan isu-isu perundangan tanah iaitu isu Pelupusan dan Pembangunan Tanah, Pengambilan Tanah, Pendaftaran Hakmilik/Strata dan Penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara 1950. Hasil perbincangan dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada semua pihak bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Selangor, malah kepada PTGS dan PTD dalam usaha menambahbaik tadbir urus tanah di Negeri Selangor ini.
Dato' Haji Zul-kefli @ Zulkefli Bin Khalid, Pengarah Tanah dan Galian Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Brigedier Jeneral Norsham bin Md Tap, Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia daripada Rejimen 502 Askar Wataniah di atas kunjungan hormat ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor pada 11 Mac 2020. Dato’ Pengarah juga mengucapkan tahniah kepada Brigedier Jeneral Norsham bin Md Tap diatas perlantikan sebagai Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia yang baharu. Banyak perbincangan telah diutarakan semasa kunjungan tersebut dan diharapkan perkongsian maklumat yang diberikan dapat dimanfaatkan kedua-dua belah pihak. Semoga perhubungan baik diantara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Rejimen 502 Askar Wataniah akan berkekalan.
19 Jun 2020 : Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Delegasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia itu diketuai oleh Dato' Ramlan bin Harun, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia beserta lima orang pegawai. Mesyuarat itu di pengerusikan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Perbincangan dan sesi bertukar buah fikiran lebih tertumpu berkaitan isu-isu tanah Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Selangor. PTGS berharap pertemuan ini dapat menyelesaikan permasalahan tanah yang dihadapi oleh pihak KKM. Terima kasih diucapkan diatas kunjungan tersebut.
Pada 10 Julai 2020, telah diadakan majlis penghargaan mantan Dato' Pengarah Tanah Selangor, Dato' Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid DPMS, SIS yang telah memulakan bertugas sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang mulai 1 Mei 2020. Majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa dan kepimpinan Y.Bhg Dato' berikan sepanjang berkhidmat di PTG Selangor. Majlis ini dihadiri pegawai tertinggi PTGS dan para pegawai di PTGS. Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan daripada seluruh warga PTGS. Semoga Y.Bhg Dato' diberikan kesihatan berpanjangan dan selamat berkhidmat di Majlis Perbandaran Kajang.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & SANJUNGAN BUDI telah berlangsung pada 02/10/2020. Seramai 29 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah menerima hasil daripada khidmat bakti cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019. Selain itu, majlis turut meraikan Persaraan dua (2) orang kakitangan PTGS yang telah bersara. Pada majlis ini, Pentadbiran ini juga turut menyampaikan hadiah bagi pemenang audit EKSA- Jabatan mengikut Zon. Majlis diakhiri dengan Cabutan Bertuah. Terima Kasih dan Tahniah kepada semua
MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS PEMUDAH CARA PERNIAGAAN- KUMPULAN KERJA TEKNIKAL MENDAFTARKAN HARTANAH (PEMUDAH-TWGRP) DENGAN PETUGAS.
Sesi Taklimat dan Knowledge Sharing Pengurusan Saluran Aduan di MBPJ. Jutaan Terima Kasih pada pihak MBPJ di atas kerjasama dan perkongsian yang diberikan. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberikan penyampaian perkhidmatan yg cemerlang.
Lawatan Penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2020

13/8/2020: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah menerima lawatan panel penilai bagi Penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2020 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Penilaian ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gemilang 2 PTGS mengikut norma baharu pasca Covid19. Wakil panel penilai memulakan sesi dengan lawatan hormat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Seterusnya, sedikit taklimat daripada Penolong Pengarah bahagian Korporat, Audit Pengursan Tanah dan Inovasi berkenaan dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh setiap Bahagian di PTGS. Pentadbiran ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai yang hadir. Pentadbiran ini juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih seluruh warga PTGS dan pengurusan tertinggi di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
24 Julai 2020: Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah diadakan pada jam 4.00petang di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS. Perhimpunan ini dirasmikan oleh YBrs Tuan Yusri bin Zakariah, Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Bahagian Khidmat Pengurusan PTGS telah dipertanggung jawabkan sebagai hos pada perhimpunan kali ini. Warga PTGS yang hadir ke perhimpunan ini mengamalkan penjarakan sosial sebagai norma baharu dikala wabak COVID-19 masih belum berpenghujung. Amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah diharapkan diamalkan oleh semua warga kerja PTGS. Semoga kepimpinan Tuan Pengarah dapat memajukan lagi pentadbiran PTGS dan Pentadbiran Tanah di Negeri Selangor.
24 Julai 2020 : Majlis Perasmian Sistem Smartbox PTGS telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang bertempat di Tingkat LG Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Smartbox PTG ini adalah inisiatif PTGS bagi memudahkan pelanggan melakukan perserahan dan mengurangkan perhubungan diantara manusia. Ini juga dapat mengurangkan kadar keberjangkitan penyakit seperti COVID-19 yang sedang melanda. Layari https://smartbox.selangor.gov.my untuk maklumat lanjut.
SESI MENANDATANGANI BIDANG TUGAS (TOR) PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN BERSAMA DI ANTARA NEGERI SELANGOR DAN NEGERI PERAK
Satu Sesi Menandatangani Bidang Tugas (TOR) Penandaan Dan Pengukuran Sempadan Bersama Di Antara Negeri Selangor Dan Negeri Perak telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada 07 Oktober 2020. TOR yang telah ditandatangani oleh YBrs Tuan Yusri bin Zakariah; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor turut disaksikan oleh pihak JUPEM Malaysia, JUPEM Selangor dan Encik Hanafe bin Basri; Timbalan Pengarah (Pengurusan) PTGS. Sesi yang berlangsung ini mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Semoga dengan usaha menandatangani TOR ini, Memorandum Persefahaman (MOU-2) (Setuju hasrat ukur) dapat diteruskan bagi meneruskan usaha-usaha pemuktamadan Perjanjian Sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak dalam memastikan kedaulatan negeri terpelihara. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha Penandaan Dan Pengukuran Sempadan Bersama Di Antara Negeri Selangor Dan Negeri Perak.

Photos

No Photos is Available.
eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Whatsapp 
(Saluran Aduan): +6019-220 7847 
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor