Pindahmilik

MAKLUMAT AM

 

i) Pindahmilik (Sekyen 214) adalah satu proses yang melibatkan: 

a) Kesemua ( tetapi tidak sebahagian mana-mana) tanahmilik

b) Kesemua (tetapi tidak sebanhagian mana-mana) syer yang tidak dipecahkan ke atas tanahmilik

c) Mana-mana pajakan tanahmilik

d) Mana-mana gadaian

e) Mana-mana sewaan bebas daftaran

 

ii) Sekatan-sekatan kepada pindahmilik

a) Mana-mana larangan atau batasan yang dikenakan oleh KTN atau mana-mana undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa

b) Mana-mana sekatan kepentingan yang berkuatkuasa pada masa itu.

c) JIka ianya pajakan, gadaian dan sewaan bebas daftaran tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan;

               - tiada apa jua pejakan atau gadaiab boleh dipindahmilik kepada dua orang atau badan atau lebih

                 melainkan sebagai pemegang amanah atau wakil

d) Sekatan pindahmilik tanah pertanian yang kurang daripada 2/5 hektar ( 1 ekar)

e) Sekatan pindahmilik tanah ladang, tanpa kebenaran Lembaga Ladang (Estate Board)
 

iii) PENYAKSIAN

Penyaksian kepada pemberi dan penerima pindahmilik di Malaysia seperti berikut:-

 

  • Peguam
  • Pentadbir Tanah / Pendaftar Hakmilik
  • Penyaksian luar negara mengikut Jadual kelima Kanun Tanah Negara
  • Penyaksian Tanah Rezab Melayu  oleh Pentadbir Tanah.

 

iv) KAEDAH PERMOHONAN

 

  • Hakmilik keluaran Asal DHKK
  • Salinan kad pengenalan pembeli dan penjual.
  • Sijil stem  dan notis tafsiran
  • Borang 14A yang lengkap
  • Cukai tanah dan cukai pintu tahun semasa
  • Surat Kebenaran dari pihak kepentingan. ( jika ada)
  • Sekiranya permohonan dari syarikat perlu lampirkan borang 49,borang 24, MAA dan segala dukumen yang berkaitan perlu di sertakan.
  • Bayaran mengikut Selangor Land Rules 2003 pindaan 2008 dan mengikut borang Kanun Tanah Negara.

 

v) Kepada SIAPA boleh DIPINDAHMILIK ?

 

  • Warganegara 18 tahun ke atas.
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah (Badan-badan Berkanun).
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan - Badan yang diberi kuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana (syarikat - syarikat)
Melayu