Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah

Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah (Seksyen 204B Kanun Tanah Negara)

Tuan punya tanah yang memegang satu lot atau lebih lot-lot yang berdampingan samaada di bawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara atau kombinasi kedua-duanya boleh memohon menyerah balik lot atau lot-lot berkenaan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan syarat bahagian tertentu tanah tersebut diberimilik semula kepadanya dalam unit-unit berasingan samaada bagi tujuan penyatuan atau pecah sempadan tanpa mendedahkan pemilik tanah kepada risiko kehilangan tanah apabila membuat penyerahan balik tanah.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.(Permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 3 salinan Borang 12D yang lengkap ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah
  2. 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  4. 2 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (Berdasarkan garis panduan Perancangan Cadangan Pemaju disediakan oleh JPBD)
  5. 10 salinan pelan susunatur dan pelan prahitungan yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen dan telah diakui oleh Pihak Berkuasa Perancang.
  6. 1 Pelan Tatatur dan Pelan Pra-Hitungan berbentuk digital “Soft Copy” berbentuk diskett atau Cakera Padat dalam format Powerpoint (*ppt).
  7. Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah atau pemegang Surat Kuasa Wakil
  8. 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan.
  9. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
  10. Salinan resit cukai tanah tahun semasa;
  11. Salinan hakmilik tanah;
  12. Persetujuan Bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.
  13. Senarai Anggaran Harga rumah kediaman/ perniagaan/ industri.
  14. 3 keping Laporan Bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit “soft Copy” berbentuk diskett atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint (*ppt).

*Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.

 

FI PERMOHONAN

  1. Kurang daripada 1 hektar – RM50.00
  2. Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM100.00
  3. Lebih 10 hektar:
  • 10 hektar pertama – RM100.00.
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM10.00

KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor 2003 (Pindaan 2005)

 

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)

Melayu