Kegagalan Pindahmilik Hakmilik Strata

Menurut seksyen 40A AHS 1985, pemilik asal (tuantanah) hendaklah menyempurnakan pemindahan hakmilik strata kepada pembeli / pembeli-pembeli petak dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh peneluaran hakmilik strata.

Manakala pembeli petak hendaklah menyempurnakan dokumen pemindahan hakmilik strata yang lengkap dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh notis pemindahan hakmilik strata dikeluarkan oleh pemlik asal (pemaju / tuan tanah).

Kegagalan berbuat demikian, kedua-duanya didapati telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit (RM 1,000.00) dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM 10,000.00) bagi setiap petak.

Melayu