selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Penguatkuasaan, Pengambil Tanah & Teknikal - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah. Disokong oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Tanah, enam (6) orang Penolong Pegawai Tanah, seorang Penolong Akauntan  serta dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir. Bahagian ini juga dikuatkan dengan kewujudan Skuad Penguatkuasa yang diketuai oleh seorang Ketua Pembantu Penguatkuasa dan dua (2) orang Pembantu Penguatkuasa. Bahagian ini mempunyai dua (2) buah kenderaan pacuan empat roda (Toyota Hilux) yang dikendalikan oleh dua (2) orang Pemandu.

Antara fungsi dan objektif bahagian ini adalah :

UNIT PENGUATKUASAAN

Fungsi :

  • Menerima aduan pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 KTN 1965;
  • Menjalankan pemantauan pengeluaran bahan batuan di bawah Seksyen 426 KTN 1965;
  • Membantu Daerah dalam penguatkuasaan bahan batuan;
  • Membantu Jabatan-Jabatan Kerajaan dalam penguatkuasaan berkaitan KTN 1965;
  • Membuat risikan/siasatan/serbuan/tangkapan/rampasan ke atas tempat-tempat yang disyaki terdapat aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah atau pencerobohan Tanah Kerajaan; dan
  • Memantau dan mengumpul laporan bulanan tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah Daerah;

 

Objektif :

Memastikan segala pekeliling/arahan/peraturan/prosedur yang berkaitan dengan Kanun Tanah Negara 1965 diikuti dan dipatuhi dan meminimakan kegiatan pengeluaran bahan batuan secara tidak sah atau pencerobohan Tanah Kerajaan.

 

UNIT PENGAMBILAN TANAH

Fungsi :

  • Membuat laporan tanah/aduan berkaitan pengambilan tanah;
  • Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah/kursus pengambilan tanah;
  • Menyediakan kertas ringkasan pengambilan tanah untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri;
  • Memproses permohonan pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960;
  • Menyeragamkan proses pengambilan tanah di Negeri Selangor;
  • Membuat pemantauan/audit/mesyuarat/kursus berkaitan pengambilan tanah; dan
  • Membuat pekeliling/arahan PTG berkaitan pengambilan sebagai garispanduan kepada Pentadbir Tanah Daerah

 

Objektif :

Memastikan segala pekeliling/arahan/peraturan/prosedur yang berkaitan dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 diikuti dan dipatuhi setiap Pentadbir Tanah Daerah;

 

UNIT PERMIT BAHAN BATUAN & MINERAL

Fungsi :

  • Memproses permohonan perlombongan pasir selaras dengan arahan PTGS Bil.2/2010, Garis Panduan Permit Bahan Batuan (Borang 4C) di bawah Seksyen 72 KTN 1965 bagi tujuan perlombongan pasir di atas tanah milik (pindaan Pekeliling PTGS Bil.3/2009);
  • Memproses permohonan permit pengeluaran bahan batuan tanah merah (Tanah Kerajaan dan tanah milik melebihi 50 ekar) selaras dengan Arahan PTGS Bil.1/2010 (pindaan Pekeliling PTGS Bil.9/2007);
  • Membuat lawatan tapak/laporan tanah sebelum mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam bagi permohonan permit pengeluaran bahan batuan (Borang 4C) di bawah Seksyen 72 KTN 1965;
  • Menyediakan kertas ringkasan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman berkaitan bahan batuan & mineral yang dipengerusikan oleh Dato’ SUK Negeri Selangor;
  • Menyediakan kertas ringkasan untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor;
  • Menjadi urusetia mesyuarat bersama Jabatan-Jabatan Teknikal berkaitan bahan batuan & mineral;
  • Memproses permohonan Tenemen Mineral selaras dengan Enakmen Mineral Selangor 2000 dan Peraturan-Peraturan Mineral Selangor 2007; dan
  • Membuat audit/kursus/bengkel berkaitan bahan batuan & mineral;

 

Objektif :

Menyelaras pengeluaran permit bahan batuan & mineral bagi mengelakkan kecurian hasil bumi negeri dan menambahkan kutipan hasil negeri serta mengimbangi struktur muka bumi negeri bagi mengelakkan pencemaran akibat aktiviti perlombongan pasir.

 

UNIT TEKNIKAL (SEKSYEN KILANG HARAM)

Fungsi :

  • Memproses permohonan tukar syarat tanah dan meminda syarat tanah di bawah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) dan Seksyen 204 A KTN 1965 selaras dengan pekeliling PTGS Bil.6/2006 dan PTGS Bil.6/2009.  Di bawah Program Pemutihan Kilang Haram;
  • Menyediakan kertas ringkasan/urusetia/minit mesyuarat kepada Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor;
  • Memberi penerangan kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang berkaitan Program Pemutihan Kilang Haram

 

Objektif :

Menyelesaikan permasalahan yang berkaitan kilang-kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor dan membuat dasar-dasar baru yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa.

 

 

UNIT TEKNIKAL (R & D)

Fungsi :

  • Meneliti semua teguran dan pandangan Pihak Berkuasa Negeri mengenai pembangunan dan pengurusan tanah melalui penguatkuasaan;
  • Meneliti semua Dasar Kerajaan Negeri, Pekeliling JKPTG, Pekeliling PTGS, Arahan PTGS yang berkaitan dengan penguatkuasaan, pengambilan tanah dan teknikal;
  • Menyediakan kertas ringksan bagi arahan Pihak Berkuasa Negeri dan Pengarah Negeri untuk diwujudkan Dasar Baru, Pekeliling Baru PTGS dan Arahan Baru PTGS berkaitan dengan penguatkuasaan, pengambilan tanah dan teknikal;
  • Meneliti dan mengumpulkan semua Dasar Kerajaan Negeri, Pekeliling JKPTG, Pekeliling PTG, Arahan PTG dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang berkaitan penguatkuasaan, pengambilan tanah dan teknikal untuk dijadikan rujukan dan perbandingan yang sesuai;
  • Menyediakan pembangunan intlektual dan berpengetahuan dalam bidang pembangunan dan pengurusan tanah untuk pegawai-pegawai di bahagian ini dari sudut pengendalian seminar, bengkel, kursus dalamam atau kursus-kursus luar yang berkaitan;
  • Menjalankan tugas pemantauan permasalahan pegawai dari sudut tugas yang dipertanggungjawabkan dalam bidang penguatkuasaan, pengambilan tanah dan teknikal;
  • Menjadi pakar rujukan bagi tugas-tugas berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan tanah di PTGS

 

Objektif :

Memastikan segala pekeliling/arahan/peraturan/prosedur berkaitan KTN 1965 mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.



Kemaskini pada 2015-11-11 15:52:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page