selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Pendaftaran Hakmilik - QTFT

Unit Pasukan Petugas Khas (QTFT)

S    Bagaimana prosedur permohonan Hakmilik Sementara kepada Hakmilik Tetap (QTFT)?
J     Proses pendaftaran QTFT biasanya diproses tanpa permohonan daripada individu atau pemilik tetapi menerusi fail permohonan di Unit Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah setelah Pelan Akui (P.A) dikeluarkan dan disahkan oleh Pengarah Ukur         dan Pemetaan Negeri. Walaubagaimanapun, permohonan persendirian dari pemilik atau mereka yang berkepentingan boleh dibuat di Unit Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing dengan membawa salinan Hakmilik Sementara dan         Pelan B2, salinan resit cukai tanah terkini dan Pelan Akui (P.A) yang boleh diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan. Sekiranya Pelan Akui belum dikeluarkan, Pentadbir Tanah akan menyemak status permohonan samada Permintaan Ukur           telah dihantar ke Jabatan Ukur.
    
S     Bagaimanakah caranya untuk menyemak status permohonan saya?
J     Jika fail permohonan telah dihantar dari Unit Tanah, PTD ke Unit Pendaftaran, PTG, pemohon boleh menyemak dengan membawa atau menyatakan nombor Hakmilik Sementara serta mukimnya atau nombor fail permohonan yang terdapat pada bahagian hadapan Hakmilik Sementara berkenaan, atau nombor hakmilik sambungan (FT) dan mukimnya. Sekiranya tarikh penerimaan fail dari PTD diperolehi, semakan menjadi lebih mudah. Sebarang pertanyaan atau semakan boleh menghubungi unit ini di talian 03-5544 7154 / 03-5544 7912 / 03-5544 7510 / 03-5544 7517 dan bercakap dengan pegawai yang bertugas mengikut daerah.
    
S    Berapa tempoh proses permohonan pendaftaran Hakmilik Tetap?
J     Tempoh selesai proses permohonan ini bergantung kepada keadaan di mana ia di dalam kategori :

       i. Hakmilik Sementara (QT) telah daftar tetapi Permintaan Ukur belum dihantar kepada JUPEM;

      ii.Permintaan Ukur telah dihantar tetapi Pelan Akui belum dikeluarkan oleh JUPEM;

      iii. Pelan Akui telah diterima di PTD tetapi belum buat permohonan untuk pendaftaran FT;

      iv. Fail permohonan telah dihantar ke Unit Pendaftaran PTG / PTD, tetapi belum diproses kerana ada urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga didaftarkan ke atas Hakmilik Sementara;

      v. Bilangan lot dalam fail permohonan yang berbeza;

      Walaubagaimanapun, norma masa bagi permohonan pengeluaran Hakmilik Tetap bagi satu (1) lot adalah sebulan.
    
S   Sekiranya saya ingin membuat perserahan urusniaga dikaunter pendaftaran tetapi Hakmilik Sementara telah batal dan bersambung kepada Hakmilik Tetap, apakah yang perlu saya lakukan?
J     Pemilik / pemohon hendaklah menyemak terlebih dahulu di Seksyen QTFT PTG samada hakmilik sambungan (FT) telah dikutip oleh wakil Pentadbir Tanah sebelum memungutnya di Unit Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Daerah. Tetapi jika         
      ianya masih dalam simpanan PTG kerana sedang diproses, permohonan boleh juga dibuat sekiranya ada urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga seperti pindahmilik dan gadaian terutamanya kepada Bahagian Pinjaman             Perumahan  yang segera dan pungutan hendaklah dibuat di Tingkat 2, PTGS, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Samada ia telah berada di PTD atau di PTG, pemohon perlu membawa;

       i. Salinan Hakmilik Sementara yang asal;
       ii. Borang 5F (sekiranya ada) / nombor Hakmilik Sambungan (FT);
       iii. Bayaran notis RM20.00 untuk setiap hakmilik;
       iv. Salinan kad pengenalan;
       v. Surat kebenaran dari pemilik asal / peguam / pemegang gadaian sekiranya anda sebagai wakil untuk memungut hakmilik;

    
S    Mengapa cukai tahunan ke atas Hakmilik Sambungan (FT) berbeza daripada Hakmilik Sementara?
J     Ada beberapa kemungkinan terdapat perbezaan iaitu samada disebabkan oleh kenaikan taraf kawasan dari mukim kepada pekan atau pekan kepada bandar, perbezaan keluasan yang mengubah kadar cukai asal atau pertukaran syarat nyata        dan kategori kegunaan tanah. Kiraan cukai tanah tahunan adalah berdasarkan kepada daerah dan mukimnya, keluasan terkini serta syarat nyata pada hakmilik.
    
S     Apakah perbezaan antara Hakmilik Sementara dan Hakmilik Tetap dan adakah ianya wajib bagi saya untuk membuat permohonan?
J     Perbezaan yang nyata bagi kedua-dua hakmilik ini adalah Hakmilik Tetap keluasannya telah diukur halus dan disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. Ini akan membolehkan kadar cukai tahunan yang sebenar mengikut keluasan yang     
      sebenar dikenakan. Biasanya permohonan oleh individu atau syarikat dibuat bagi tujuan pembangunan tanah tetapi permohonan akan tetap diproses oleh Unit Tanah di setiap PTD setelah Pelan Akui diterima dari Jabatan Ukur dan Pemetaan.        Selain itu, nombor hakmilik dan PT / Lot akan berbeza setelah  Hakmilik Tetap didaftarkan. Jika Hakmilik Sementara ada sekatan kepentingan dan tempoh pajakan, hakmilik akan bersambung kepada Pajakan Negeri / Mukim, manakala jika        tiada tempoh pajakan dan pegangan bebas selama-lamanya, hakmilik akan bersambung kepada Geran / Geran Mukim.


Kemaskini pada 2018-06-13 10:34:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page