selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Pembetulan Hakmilik dan Permasalahan Cukai

Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara

  1. Urusan yang berkaitan kesilapan dalam suratcara urusniaga, bukan urusniaga, dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri atau dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.
     
  2. Antara kesilapan seperti kesilapan menaip ejaan nama, nombor kad pengenalan atau sebagainya. Dalam keadaan di mana kesilapan disedari oleh pihak-pihak dalam urusan berkenaan , pihak itu boleh membetulkan kesilapan dengan memaklumkan perkara ini kepada Pendaftar.
     
  3. Pembetulan hendaklah disediakan dalam bentuk akuan berkanun (statutory declaration) di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Statutory Declaration Act 1960) dengan jelas dan terperinci menerangkan:-
    • Apakah kepentingan berkaitan dengan suratcara yang berkenaan?
    • Apakah kesilapan yang dimaksudkan?
    • Bagaimana kesilapan itu boleh berlaku?
    • Apakah pembetulan yang dicadangkan?
       
  4. Salinan akuan sah dokumen yang relevan hendaklah dilampirkan dan dikemukakan satu salinan kepada Pendaftar dan satu lagi salinan pendua kepada pihak yang lain (jika berkenaan)


Kemaskini pada 2015-11-12 11:33:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page