selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Pajakan

i) KUASA TUANPUNYA UNTUK MEMBERI PAJAKAN (SEKSYEN 221)

 

a) Tuanpunya mana-mana tanahmilik boleh memberi pajakan ke atas kesemua atau mana-mana bahagiannya.

b) Pajakan yang diberikan mestilah untuk tempoh melebihi 3 tahun.

c) Tiap-tiap pajakan hendaklah dibuat atas Borang 15A.

d)Pajakan bagi keseluruhan tanah, tempoh maksima pajakan ialah 99 tahun.

e) Pajakan sebahagian tanah tempoh maksima ialah 30 tahun - (plan dan perihal hendaklah dijelaskan dan dikembarkan didalam instrumen).

f) Bagi pajakan kecil hendaklah dibuat di atas Borang 15B.

 

ii) SEKATAN-SEKATAN KE ATAS PAJAKAN

 

a) Apa-apa larangan atau bantahan yang dikenakan oleh KTN atau mana-mana undang-undang bertulis pada masa ianya dikuatkuasa.

b) Mana-mana sekatan kepentingan yang berkuatkuasa pada masa itu yang berkaitan dengan tanah itu.
c) Pajakan tidak boleh diberikan kepada dua orang atau lebih melainkan sebagai pemegang amanah atau wakil.

d) Jika tanah itu tertakluk kepada gadaian, persetujuan pemegang gadaian perlu didapatkan terlebih dahulu.

e) Penyerahan pajakan atau pajakan kecil hendaklah dikuatkuasakan di atas Borang 15C, dan kepentingan pajakan atau pajakan kecil hendaklan tamat bermula tarikh instrumen itu didaftarkan.

f) Penyerahan mana-mana pajakan atau pajakan kecil hendaklah mendapat keizinan dari mana-mana pemegang gadaian

 

iii) KAEDAH PERMOHONAN

 

  • Hakmilik keluaran Asal DHKK
  • Perjanjian pajakan
  • Borang 15A / 15B yang lengkap
  • Cukai tanah dan cukai pintu tahun semasa
  • Surat Kebenaran dari pihak kepentingan. ( jika ada)
  • Sekiranya permohonan dari syarikat borang 49,  borang 24, MAA dan dokumen lain yang berkaitan perlu di sertakan.
  • Bayaran mengikut Selangor Land Rules 2003 pindaan 2008 dan mengikut borang Kanun Tanah Negara.
  • Sekiranya pajakan sebahagian tanah, pelan perlu disertakan.


Kemaskini pada 2015-11-12 11:12:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page