selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Gadaian

MAKLUMAT AM

 

i) KUASA MENGGADAI (Seksyen 241)

 

a) Mana-mana tanah bermilik, kesemua tidak sebahagian daripadanya.

b) Mana-mana pajakan tanahmilik, kesemua tidak sebahagian daripadanya.

c) Gadaian kedua dan kemudiannya boleh diwujudkan

 

 

ii) SEKATAN KEPADA GADAIAN

 

  • Larangan atau batasan yang dikenakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) atau mana-mana undang-undang bertulis pada masa ianya berkuatkuasa.
  • Mana-mana sekatan kepentingan yang berkuatkuasa dengan tanah berkenaan
  • Gadaian tidak boleh diberikan kepada dua orang atau lebih melainkan sebagai pemegang amanah atau wakil
  • Gadaian adalah tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan di dalam surat perjanjian/suratan pajakan
  • Sekatan terhadap warganegara asing atau syarikat asing perlu dipohon kebenaran dibawah Seksyen 433B KTN sekiranya ada.

 

iii) KAEDAH PERMOHONAN

  • Hakmilik Keluaran Asal DHKK yang berkenaan
  • Borang 16A yang lengkap
  • Salinan resit cukai tanah tahun semasa
  • Bayaran sebanyak :

            *RM 100.00 bagi setiap hakmilik
           *RM 20.00 bagi PA yang telah didaftarkan

           *Dikecualikan bagi pinjaman kerajaan Negeri / Persekutuan

 

  • Bagi tanah Rizab Melayu gadaian hanya boleh diberi kepada badan-badan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu.


Kemaskini pada 2015-11-12 11:11:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page