selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Melibatkan Blok Sementara Yang Telah Siap

Bangunan yang dicadangkan atau sedang dibina tetapi terkandung dalam pelan cadangan strata yang mana baginya suatu Hakmilik Strata Sementara (Borang 4A) hendaklah didaftarkan.

Suatu deposit akan dipungut daripada pemohon dan akujanji di mana ia bersetuju bahawa amaun dilucuthak kepada Kerajaan tidak lewat dari tarikh itu atau dari suatu tarikh yang terkemudian yang dibenarkan oleh Pengarah apabila pembinaan bangunan yang dimaksudkan sebagai blok sementara tidak siap atau, jika telah siap, perakuan siap dan pematuhan (CCC) belum lagi dikeluarkan.

Tanggungjawab Pemohon

  • Pastikan dokumen permohonan lengkap seperti senarai semak mengikut Subseksyen 20(2) Akta Hakmilik Strata 1985.
  • Permohonan dikemukakan seperti senarai semak yang disediakan
  • Menjelaskan apa-apa fee yang ditetapkan.


Kemaskini pada 2015-11-12 10:59:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page